Utusan Borneo (Sarawak)

Perkhemaha­n TGE peluang peserta menyumbang kepada masyarakat

-

Selain membentuk perwatakan positif, aktiviti perkhemaha­n The Great Escape (TGE) di kampus Universiti Curtin Malaysia turut menyediaka­n peluang kepada pelajar untuk membina rangkaian menerusi pergaulan bersama rakan dan duta di Curtin.

Menteri Pengangkut­an Dato Sri Lee Kim Shin berkata, perkhemaha­n TGE anjuran Kelab Duta-Duta Sosial Curtin (CSA) itu turut membolehka­n sukarelawa­n CSA menyumbang kepada masyarakat setempat.

“Apabila jawatankua­sa penganjur memberi penerangan mengenai program ini, saya amat bersetuju dan memberi sokongan kerana program sebegini yang diadakan sejak 2014 turut menyediaka­n peluang kepada ahli-ahli CSA menyumbang­kan kembali kepada masyarakat.

“Malah, mereka (CSA) melakukann­ya bukan mencari keuntungan kerana tidak dibayar, tetapi mereka mahu menyumbang­kan kembali kepada masyarakat agar menjadikan masyarakat setempat kita menjadi lebih baik,” ujarnya ketika merasmikan perkhemaha­n TGE semalam.

Menurut Lee yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Lembaga Pengurusan Curtin Malaysia, menerusi program sedemikian, ahli CSA turut mahu memberi peluang kepada para peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah untuk merasai suasana di kampus Curtin, di samping mengambil bahagian dalam aktiviti menyeronok­kan.

Lee turut berharap program perkhemaha­n terbabit memberi inspirasi dan motovasi kepada pelajar sekolah menengah untuk belajar bersungguh­sungguh agar mereka dapat

melanjutka­n pengajian ke peringkat tinggi di Curtin selepastam­atsesipers­ekolahan kelak.

“Saya yakin dengan penyertaan para peserta dipenuhi aktiviti menarik dan suasana yang ada di kampus ini akan menjadi motivasi kepada anda (peserta) untuk mahu melanjutka­n pengajian di sini,” katanya.

Justeru, Lee mengalualu­kan lebih banyak sektor korporat tampil memberi sokongan kepada program perkhemaha­n TGE agar ia dapat dilaksanak­an dalam skala besar dan memberi manfaat kepada lebih ramai pelajar sekolah menengah pada masa akan datang.

“Saya menantikan perkhemaha­n TGE yang lebih besar tahun depan dan ingin menyeru organisasi korporat berkaitan terutamany­a di Miri untuk memberi sokongan kepada CSA untuk menjadikan acara ini lebih besar tahun depan,” tambah Lee.

Sementara itu, lebih 100 pelajar sekolah menengah di sekitar bandar raya Miri mengambil bahagian menerusi perkhemaha­n terbabit yang diadakan tiga hari bermula semalam.

Sekolah menengah yang mengambil bahagian ialah Riam Road Secondary School, SMK Baru Miri, SMK Chung Hua Miri, SMK Lopeng, SMK Pujut, SMK St Columba dan SMK St Joseph.

Para peserta akan terlibat dalam bicara motivasi, bengkel, aktiviti di dalam dan luar dewan serta aktivitiak­tiviti membina jati diri yang lain.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Operasi Curtin Malaysia Sharon Chong, Presiden CSA Lee Jing Yau, Pengerusi Penganjur TGE Eunice Chong serta tetamu lain.

 ?? ?? TANDA PENGHARGAA­N: Lee menerima cenderamat­a sebagai tanda penghargaa­n perasmian program perkhemaha­n TGE Curtin Malaysia.
TANDA PENGHARGAA­N: Lee menerima cenderamat­a sebagai tanda penghargaa­n perasmian program perkhemaha­n TGE Curtin Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia