Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak berpotensi menjadi pemain industri pertahanan

Potensi itu sangat besar kerana Premier berpandang­an luas perkasa pertahanan, majukan ekonomi Sarawak: Mohd Sofi

-

KUCHING: Sarawak berpotensi menjadi pemain industri pertahanan negara berdasarka­n kemajuan yang dicapai masa kini.

Panglima Medan Timur Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Mohd Sofi Md Lepi berkata, potensi itu sangat besar kerana Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg turut berpandang­an luas dalam memperkasa­kan pertahanan di Sarawak, selain memajukan ekonomi negeri ini.

“Kita rasa sangat bertuah kerana melalui Pakej Pertahanan Sarawak yang ditawarkan oleh Premier Sarawak, ia membantu kita untuk mendapatka­n kelengkapa­n dengan menggunaka­n teknologi sedia ada,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Astana Negeri Sarawak di sini semalam.

Mohd Sofi berkata, Tun Wan Junaidi turut menzahirka­n hasrat supaya sektor pertahanan di Sarawak ditingkatk­an dan menyumbang kepada pertahanan negara.

“Mengikut hasrat Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi tadi, dengan perkembang­an kita di Bintulu serta perkembang­an kita di Sarawak dari segi ekonomi hidrogen dan sebagainya, saya berkeyakin­an kerajaan Sarawak akan mempunyai satu rancangan yang besar untuk menyumbang kepada industri pertahanan negara,” ujarnya.

Tambahnya, kunjungan tersebut turut bertujuan bagi menjemput beliau hadir pada Pameran Pertahanan dan Keselamata­n Asia (DSA) Edisi Ke-18 yang akan berlangsun­g dari 6 hingga 9 Mei 2024 di Pusat Perdaganga­n dan Pameran Antarabang­sa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur.

“Pada edisi kali ini, pihak penganjur menjangkak­an penyertaan lebih daripada 50,000 pelawat dari lebih 70 negara melibatkan 1,200 pempamer.

“Selain itu, dijangkaka­n sebanyak 400 delegasi luar dari 45 negara yang merangkumi menteri, kepimpinan tertinggi angkatan tentera, pegawaipeg­awai kanan kerajaan dan agensi-agensi berkaitan dari dalam dan luar negara akan

Kita rasa sangat bertuah kerana melalui Pakej Pertahanan Sarawak yang ditawarkan oleh Premier Sarawak, ia membantu kita untuk mendapatka­n kelengkapa­n dengan menggunaka­n teknologi sedia ada.

Leftenan Jeneral Datuk Mohd Sofi Md Lepi Panglima Medan Timur Tentera Darat

turut hadir,” ujarnya.

DSA merupakan acara dwitahunan terkemuka dalam industri pertahanan dan keselamata­n di rantau Asia.

Ia menjadi platform penting untuk pemain industri dari seluruh dunia berkumpul, berinterak­si dan berkongsi pandangan dalam memperkasa­kan industri pertahanan global serta menjulang nama negara di persada antarabang­sa.

Sementara itu, Tun Wan Junaidi turut menerima kunjungan daripada rombongan sejarahwan dari Sarawak dan Kelantan yang diketuai oleh Pegawai Daerah Semerak Jajahan Pasir Putih Kelantan Dr Mustafa Ahmad.

 ?? ?? KUNJUNGAN HORMAT: Tun Wan Junaidi (tengah) merakamkan kenangan ketika menerima kunjungan hormat daripada Mohd Sofi (kiri) yang ditemani Kolonel Mohd Rizman Ramli.
KUNJUNGAN HORMAT: Tun Wan Junaidi (tengah) merakamkan kenangan ketika menerima kunjungan hormat daripada Mohd Sofi (kiri) yang ditemani Kolonel Mohd Rizman Ramli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia