Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Yii salurkan dana Tabung Bantuan Pendidikan Tertiari kepada 36 penerima

-

Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii menyerahka­n dana Tabung Bantuan Pendidikan Tertiari kepada 36 penerima di kawasan Parlimen Bandar Kuching semalam.

Menurutnya, sumbangan itu telah disampaika­n oleh Pembantu Khasnya George Lam kepada para penerima semalam.

“Tahun lepas, pejabat saya telah mengagihka­n sejumlah 117 dana Tabung Pendidikan Tertiari kepada pelajar-pelajar yang layak di bawah kawasan saya. Mereka masing-masing menerima RM1,500.

“Sejak saya dipilih sebagai Ahli Parlimen, pendidikan sentiasa menjadi bidang pembanguna­n yang saya tekankan dan kebanyakan peruntukan di bawah kawasan saya digunakan untuk pendidikan,” katanya di dalam satu kenyataan semalam.

Dr Yii berkata, selain memperuntu­kkan dana kepada sekolah untuk menaik taraf kemudahan, beliau juga prihatin dengan beban melanjutka­n pelajaran yang ditanggung pelajar daripada keluarga memerlukan.

“Kami berharap, walaupun tidak seberapa, dana ini dapat membantu mengurangk­an beban kewangan ibu bapa pelajar kerana melanjutka­n pelajaran ke universiti atau kolej melibatkan perbelanja­an yang besar bagi kebanyakan keluarga,” tambahnya.

Tabung Bantuan Pendidikan Tertiari itu diperuntuk­kan sekali setahun dan pelajar yang berasal dari Parlimen Bandar Kuching boleh memohon setiap tahun.

Bagaimanap­un,peruntukan tabung pendidikan ini masih bergantung kepada peruntukan kerajaan kepada peruntukan tahunan Ahli Parlimen.

“Kami akan meneruskan

inisiatif ini selagi peruntukan kerajaan masih ada,” tegasnya.

Beliau berharap agar para penerima dapat memanfaatk­an tabung pendidikan ini dengan sebaiknya, berusaha

untuk mencapai kecemerlan­gan dalam pelajaran, memenuhi harapan ibu bapa mereka memberi sumbangan kepada masyarakat dan juga menjadi tonggak negara selepas mereka tamat pengajian.

 ?? ?? BANGUN PENDIDIKAN: Kumpulan pertama tahun ini melibatkan 36 pelajar dari Bandar Kuching merakamkan kenangan selepas menerima bantuan Tabung Bantuan Pendidikan Tertiari petang semalam.
BANGUN PENDIDIKAN: Kumpulan pertama tahun ini melibatkan 36 pelajar dari Bandar Kuching merakamkan kenangan selepas menerima bantuan Tabung Bantuan Pendidikan Tertiari petang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia