Utusan Borneo (Sarawak)

Petronas sedia tawar latihan perancah kepada belia dari kawasan sekitar SSGP

-

KUCHING: Petronas dengan kerjasama Institut Kemahiran MARA (IKM) Bintuludan­YayasanSar­awak bersedia untuk menawarkan Latihan Pensijilan Tahap 1 Perancah selama sebulan kepada 30 belia dari kawasan sekitar Paip Gas SabahSaraw­ak (SSGP) tahun ini.

Menurut kenyataan Petronas semalam, para peserta yang terdiri daripada komuniti Penan, Kayan, Iban dan Kelabit di Baram dan Ulu Limbang, akan menjalani program latihan komprehens­if oleh SRC Global Resources Sdn Bhd untuk meningkatk­an kemahiran teknikal mereka, sekali gus menyediaka­n peluang kerjaya lebih luas dalam industri minyak dan gas.

Latihan tersebut diadakan pada 22 April hingga 23 Mei bagi pengambila­n pertama dan dari 20 Ogos hingga 25 September bagi pengambila­n kedua di IKM Bintulu.

Petronas juga akan menyumbang elaun sara hidup sebanyak RM200 kepada setiap peserta dan menaja perbelanja­an perjalanan mereka, manakala Yayasan Sarawak akan memberi subsidi separuh daripada yuran latihan.

Selain itu katanya, IKM Bintulu akan menyediaka­n penginapan, makanan, dan peralatan perlindung­an diri (PPE).

Sebagai tambahan kepada latihan perancah, Petronas dengan kerjasama Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan (CIDB) dan Pusat Kecemerlan­gan Teknologi Sarawak (CENTEXS)akan menyediaka­n dua lagi latihan pada bulan Jun dan September untuk belia luar bandar dari kawasan SSGP Tinjar, Niah, Bintulu, Baram, dan Lawas.

Latihan pertama akan memudahkan 40 belia memperoleh pensijilan Pasport Keselamata­n Minyak dan Gas (OGSP) oleh NIOSH dan pensijilan Kad Hijau oleh CIDB di Pusat Pejabat Bintulu dan Pejabat Daerah Telang Usan.

Manakala, latihan kedua melibatkan­50beliamen­jalani latihan keusahawan­an secara intensif di Long Sukang, Lawas.

Petronas akan menanggung 100 peratus kos program untuk semua peserta.

Pengurus Besar Kanan Aset Sabah Mohd Johan Ariff Mohd Supian berkata, “PETRONAS berdedikas­i untuk memperkasa­kan bakat tempatan, khususnya dalam komuniti orang asli dari kawasan SSGP, melalui program latihan

yang disasarkan berdasarka­n keperluan masyarakat.

“Komitmen kami melangkaui pembinaan kemahiran segera, memupuk peluang berkekalan dalam usaha berterusan kami untuk meningkatk­an kehidupan.

“Dengan latihan yang direka untuk jangka hayat, kami menyasarka­n untuk meningkatk­an prospek pekerjaan peserta, membuka jalan untuk masa depan yang lebih cerah,” tambahnya.

Selama bertahun-tahun, Petronas telah melabur secara berterusan dalam modal insan Sabah dan Sarawak melalui program seperti program ‘Towards Uplifting Lives’ dan ‘Community Technical Outreach’ sejak 2021 sebagai sebahagian daripada komitmenny­a untuk memupuk bakat domestik melalui perkongsia­n strategik dengan institusi pendidikan, badan kerajaan, dan masyarakat setempat.

 ?? IKM Bintulu. ?? CERIA: Kakitangan SSGP mengabadik­an kenangan dengan 13 belia luar bandar yang mengikuti program latihan perancah di
IKM Bintulu. CERIA: Kakitangan SSGP mengabadik­an kenangan dengan 13 belia luar bandar yang mengikuti program latihan perancah di

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia