Utusan Borneo (Sarawak)

Tindakan Terengganu tolak Akta Laut Wilayah 2012 sinikal, hipokrit

-

Keputusan kerajaan Terengganu menolak Akta Laut Wilayah 2012, menerusi usul diluluskan di persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam, dilihat sebagai satu tindakan sinikal dan hipokrit.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata ini kerana tidak ada seorang pun Ahli Parlimen PAS dari negeri itu, yang membantah rang undangunda­ng tersebut ketika ia dibentang, dibahas dan diluluskan di Dewan Rakyat, sebelum ini.

“Saya ambil maklum pandangan Datuk Seri Menteri Besar (Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar) melalui satu hantaran di Facebook, semalam (kelmarin) dan saya ambil peluang untuk menelaah dan meneliti semula hansard ataupun penyata rasmi Dewan Rakyat pada 18 April 2012 sewaktu Rang Undang-Undang Laut Wilayah 2012 dibentang, dibahas dan diluluskan.

“Dalam sesi yang mengambil masa lebih kurang dua, tiga jam terdapat 21 Ahli Parlimen yang terlibat dalam perbahasan bagi Akta Laut Wilayah ataupun Rang Undang-Undang Laut Wilayah 2012 pada waktu itu.

“Tidak ada seorang pun

Ahli Parlimen dari Terengganu terutama daripada parti PAS, termasukla­h Ahli Parlimen Marang terlibat dalam perbahasan pada waktu itu,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Hab Rangkaian Gentian Optik Point of Presence Zon Utara di sini semalam.

Fahmi berkata walaupun ada beberapa Ahli Parlimen PAS dari Kelantan yang bangkit membahaska­n rang undang-undang tersebut, namun tiada Ahli Parlimen PAS dari Terengganu yang mengambil bahagian.

Justeru, beliau berkata Ahmad Samsuri perlu bertanya kepada Ahli Parlimen Marang Tan Sri Abdul Hadi Awang, mengapa presiden PAS itu tidak menggunaka­n peluang pada waktu itu untuk melakukan bantahan ketika rang undang-undang tersebut dibentang dan dibahaskan.

“Jangan jadi hipokrit, Menteri Besar Terengganu perlu tanya dengan Ahli Parlimen Marang kenapa waktu rang undang-undang ini dibahaskan, Ahli Parlimen Marang diam seribu bahasa dan kalau sekiranya isu dia adalah mengenai kuasa, kenapa tidak ada satu perkara pun dilakukan dalam tempoh 33 bulan parti PAS terlibat dalam kerajaan di Putrajaya,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia