Utusan Borneo (Sarawak)

Elak ketirisan dan perkukuh tatakelola: Anwar

Dapat memberi pendapatan lumayan kepada pekerja setimpal dengan khidmat mereka

-

Jangan kita remehkan soal ini kerana (pekerja) ada keluarga dan berhak diberi perhatian dan pertimbang­an. Oleh kerana keputusan kita cermat, berhemah, urus dengan baik dan telus akan menjamin masa depan lebih baik kepada mereka.

SEPANG: Pengurusan syarikat penerbanga­n yang baik dapat memberi pendapatan lumayan kepada pekerja setimpal dengan khidmat mereka, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata justeru Kementeria­n Pengangkut­an (MOT), Khazanah Nasional Bhd dan Malaysia Aviation Group (MAG) harus memberi fokus kepada pengurusan Malaysia Airlines (MAB) agar sebarang ketirisan dapat dielak dan tatakelola diperkukuh.

“Saya harap kerjasama MAG, Khazanah dan MOT diteruskan kerana kesediaan kita kerja sebagai pasukan dengan prinsip ketelusan mengelak pembaziran. Kita boleh selamatkan negara dan beri habuan dan pulangan upah kepada staf.

“Jangan kita remehkan soal ini kerana (pekerja) ada keluarga dan berhak diberi perhatian dan pertimbang­an. Oleh

kerana keputusan kita cermat, berhemah, urus dengan baik dan telus akan menjamin masa depan lebih baik kepada mereka,” katanya.

Anwar berkata demikian pada majlis pelancaran kampus dan majlis pecah tanah Pusat Simulasi Penerbanga­n MAB Academy, di sini semalam.

Mengimbas sejarah Penerbanga­n Malaysia (MAS) pada 90-an, Anwar berkata pihak pengurusan perlu belajar daripada kesilapan lepas, agar beri komitmen dari segi tatakelola, integriti dan nilai.

Anwar berkata sehingga kini masih ada pihak tertentu, termasuk suara dalam kalangan pembangkan­g, yang mempertika­i peranan dan pendirian kerajaan yang menekankan aspek tatakelola, ketelusan dan usaha perangi rasuah.

Beliau berkata keutamaan terhadap gedung yang indah, pejabat yang luar biasa hebat, pameran dan lukisan terkenal di dunia dalam keadaan syarikat itu hampir muflis, tidak masuk akal sekiranya pengurusan tidak dipantau dan tiada komitmen dari segi tatakelola dan nilai integriti.

Oleh itu beliau berkata pentadbira­n MADANI wajib memperbetu­lkan amalan tatakelola agar memberi MAG membetulka­n kesilapan dahulu dan menaikkan keupayaan serta imej syarikat.

Sementara itu, Anwar berkata kampus dan Pusat Simulasi Penerbanga­n MAB bukan sahaja memberi latihan canggih dan memenuhi pelbagai keperluan, tetapi mampu menjadi pusat melatih syarikat penerbanga­n luar negara, sekali gus memberikan kepercayaa­n kepada keupayaan negara.

“Saya harap latihan itu diberikan penekanan, selain daripada latihan teknikal simulasi tentunya ada kepakaran. Sekarang kerana teknologi digital, soal inovasi moden itu menuntut kita sentiasa mengikuti perkembang­an.

“Jadi saya harap MAG dan Akademi (MAB) terus memantau dan tidak terikat dengan kerangka lama. Jadi harus ada tenaga baru yang punyai kelebihan lebih dari sudut transforma­si digital dan inovasi yang boleh melonjakka­n keupayaan,” katanya.

Turut hadir pada majlis semalam ialah Menteri Pengangkut­an Anthony Loke dan Pengerusi MAG Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin. — Bernama

Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri

 ?? — Gambar Bernama ?? PELANCARAN: Anwar (tiga kiri) menyempurn­akan pelancaran Kampus dan Pecah Tanah Pusat Simulasi Penerbanga­n Akademi Malaysia Airline Berhad (MAB) di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama PELANCARAN: Anwar (tiga kiri) menyempurn­akan pelancaran Kampus dan Pecah Tanah Pusat Simulasi Penerbanga­n Akademi Malaysia Airline Berhad (MAB) di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia