Utusan Borneo (Sarawak)

Lesen kasino: Pihak dikaitkan perlu ambil tindakan

-

SEPANG: Pihak-pihak yang dikaitkan dalam laporan sebuah agensi berita asing baru-baru ini yang mendakwa kerajaan merancang untuk mengeluark­an lesen bagi pengoperas­ian kasino di Forest City, Johor, perlu mengambil tindakan sewajarnya terhadap agensi berita berkenaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Mereka yang disentuh (dalam laporan itu) perlu mengambil tindakan sewajarnya,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Pusat Muktamar Islam Malaysia Airlines (MAB) di sini semalam.

Beliau berkata demikian semasa ditanya sama ada kerajaan akan meminta agensi berita berkenaan menarik balik laporan mereka, atau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap agensi berita berpangkal­an di New York itu.

Kelmarin Perdana Menteri menafikan laporan berita itu, yang mengatakan bahawa kerajaan sedang menimbangk­an untuk mengeluark­an lesen kasino kedua bagi Forest City selepas Genting Highlands, dan Anwar menyifatka­n laporan itu sebagai tidak betul, dan bohong.

Agensi berita itu mendakwa pengasas Berjaya Tan Sri Vincent Tan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Genting Tan Sri Lim Kok Tay sedang berbincang dengan kerajaan berhubung pembukaan sebuah kasino di Forest City, Johor.

Laporan yang memetik satu sumber itu berkata perbincang­an mengenai pemberian lesen itu masih di peringkat awal.

Projek Forest City yang terletak di Gelang Patah itu bermula pada 2015, yang sehingga kini ia mempunyai 28,000 unit kediaman yang telah siap dibina, dengan fokus utama pemaju tertumpu pada pulau buatan pertama seluas 560 hektar. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia