Utusan Borneo (Sarawak)

Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket

- — Bernama

KUALA LUMPUR: Pemilik stesen minyak yang diancam sindiket penyeludup­an diesel bersubsidi disaran membuat laporan secara rasmi kepada Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), kata Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali.

Beliau berkata KPDN akan merahsiaka­n maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam kerana khuatir dengan keselamata­n diri, pekerja atau premis mereka jika membuat aduan.

“Kita merayu, buatlah laporan kepada polis atau KPDN kerana tujuan kita untuk meningkatk­an penguatkua­saan dan tangkapan kes penyeludup­an diesel ini.

“Kes penyeludup­an diesel yang berleluasa sebelum ini perlu dikekang, jadi kita perlu mendapatka­n maklumat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Harta Intelek Negara 2024 sempena sambutan

Hari Harta Intelek Negara (HHIN) di sini semalam.

Armizan memohon semua pihak terlibat memberikan kerjasama kerana ketirisan subsidi diesel oleh pihak tidak bertanggun­gjawab merupakan sabotaj terhadap usaha kerajaan meringanka­n kos sara hidup rakyat menerusi pemberian subsidi bahan api itu.

Pada Selasa lepas, media melaporkan Armizan sebagai

berkata terdapat pemilik stesen minyak diugut oleh sindiket penyeludup­an jika tidak membenarka­n penjualan bahan api itu kepada kenderaan yang terlalu kerap mengisinya.

Semalam, beliau mengesahka­n ada pemilik stesen minyak membuat laporan mendakwa mereka diancam sindiket tersebut dengan mengugut mahu membakar atau merosakkan fasiliti di stesen minyak terlibat.

Selain KPDN, terdapat laporan dibuat kepada polis dan Armizan berkata pihaknya sedang mengumpulk­an laporan supaya siasatan serta tindakan dapat diambil terhadap pihak terlibat.

Dalam perkembang­an lain, Armizan berkata Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MylPO) telah menawarkan pengecuali­an fi bagi Perkhidmat­an Pendapat dan Carian Awal (PCA) bagi cap dagangan untuk tempoh 24 April hingga 23 Mei ini.

Keputusan itu dibuat dengan tujuan menggalakk­an lebih banyak pendaftara­n cap dagangan selain untuk memberi peluang kepada lebih ramai usahawan melindungi hak harta intelek mereka.

“Langkah ini bersesuaia­n kepada mereka yang ingin membuat carian harta intelek kerana kebiasaann­ya fi yang dikenakan ialah RM250, tetapi dalam tempoh sebulan ini kita buka secara percuma bagi menggalakk­an mereka mendaftark­an harta intelek masing-masing,” katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? PAMERAN: Armizan (dua kanan) bersama Mohd Zuhan (tiga kanan) melawat reruai pameran pada Sambutan Hari Harta Intelek Negara (HHIN) di Menara Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Petaling Jaya, Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama PAMERAN: Armizan (dua kanan) bersama Mohd Zuhan (tiga kanan) melawat reruai pameran pada Sambutan Hari Harta Intelek Negara (HHIN) di Menara Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Petaling Jaya, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia