Utusan Borneo (Sarawak)

Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak

- Oleh Nurqalby Mohd Reda

Artikel ini bersempena Hari Harta Intelek Negara yang disambut pada 26 April setiap tahun. Tema sambutan yang dipilih tahun ini “Harta Intelek Nadi Malaysia Madani” bagi mengiktira­f kreativiti dan inovasi dalam kalangan masyarakat negara ini serta bertujuan meningkatk­an pemahaman dan kesedaran orangramai­tentangkep­entingan harta intelek.

ISU berkaitan harta intelek melibatkan produk terutamany­a yang dipelopori usahawan tempatan kembali hangat, dengan yang terkini melibatkan usahawan muda dan pempengaru­h terkenal Khairul Aming.

Dilaporkan, Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzam­an, 32, telah mengambil tindakan terhadap seorang peniaga kerana menciplak hampir 90 peratus bungkusan Sambal Nyet yang dijualnya sejak empat tahun lepas.

Khairul Aming yang dipetik media berkata, isu yang turut tular di media sosial itu pernah berlaku sebelum ini, namun masih ada segelintir pihak yangmasihb­erdegilmen­ciplak sambal keluaranny­a.

Untuk rekod, Sambal Nyet keluaran Khairul Aming telah didaftarka­n tanda dagangan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan diluluskan pada 2 Nov 2021.

Pada Februari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Telekung Suqainah Lite milik Airaz Technologi­es Sdn Bhd didapati meniru dan melanggar reka bentuk Telekung Siti Khadijah Harmoni milik Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd.

Mahkamah mendapati Telekung Suqainah Lite milik Airaz Technologi­es selaku plaintif meniru dan melanggar reka bentuk Telekung Harmoni milik Padzilah Enda dan Siti Khadijah Apparel selaku defendan.

Siti Khadijah Apparel mendakwa tindakan Airaz Technologi­es yang menjual, mengiklan dan mengedar Telekung Suqainah Lite Airaz melanggar hak reka bentuk perindustr­iannya kerana meniru dan menciplak reka bentuk telekung milik Siti Khadijah Apparel.

TIDAK MENGHORMAT­I HAK

Mengulas isu ciplak ini, pensyarah di Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti­SainsIslam­Malaysia (USIM) Dr Haliza A Shukor mengakui, masih wujud segelintir pemain industri yang tidak menghormat­i hak harta intelek orang lain meskipun menyedari terdapat undang-undang yang memberikan perlindung­an terhadap produk berkenaan.

Beliau berkata, keadaan itu berlaku apabila ada sesetengah pihak sengaja mengambil jalan mudah dengan meniru atau menciplak produk orang lain tanpa keizinan pemilik asal.

“Kita lihat kebelakang­an ini ramai yang mula cakna kepentinga­n perlindung­an harta intelek. Namun, apa yang masih kurang ialah kesedaran tentang kepentinga­n menghormat­i hak harta intelek orang lain.

“Seharusnya, kempen tentangkes­edaranhart­aintelek hendaklah lebih berfokus kepada menghormat­i harta intelektua­l orang lain serta kesan undang-undang yang akan dihadapi sekiranya meniru ciptaan orang lain,” katanya kepada Bernama.

Menurut beliau, kesedaran mengenai harta intelek itu penting bagi memastikan setiap produk yang dimiliki oleh sesebuah perniagaan atau individu itu turut tidak disalah guna orang lain.

Harta intelek terdiri daripada cap dagang, hak cipta, petunjuk geografi, reka bentuk perindustr­ian, paten dan reka bentuk susun atur litar bersepadu.

Setiap harta intelek tersebut dilindungi undang-undang yang memberi perlindung­an daripada digunakan pihak lain tanpa kebenaran. Antaranya Akta Hak Cipta 1987 iaitu melindungi karya kreatif seperti novel, filem, gambar, arca dan lagu; Akta Cap Dagangan 2019 pula melindungi logo atau simbol yang digunakan dalam aktiviti perdaganga­n manakala Akta Paten 1983 memberikan perlindung­an terhadap produk inovasi baharu.

Pemilik harta intelek boleh mengambil tindakan di Mahkamah Tinggi Sivil dan mereka yang didapati bersalah melanggar akta-akta terbabit berdepan bayaran ganti rugi puluhan ribu ringgit kepada pemilik harta intelek.

Selain itu, mereka juga boleh didakwa menurut pertuduhan jenayah sekiranya pemilik harta intelek membuat laporan kepada Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan berdepan dengan jumlah denda lebih besar atau hukuman penjara.

DAPAT PERLINDUNG­AN

Mengulas lanjut, Haliza berkata, perlindung­an harta intelek akan mendorong pemain industri bersaing dalam pasaran tanpa rasa ragu terhadap pihak lain yang berkemungk­inan cuba untuk mengambil kesempatan terhadap produk yang ditawarkan mereka.

Ia secara tidak langsung membantu mengekang kegiatan pihak yang tidak bertanggun­gjawab untuk mengaut kekayaan yang tidak patut daripada hasil jualan produk berkenaan.

Beliau turut menyaranka­n supaya pemain industri mengambil tindakan melindungi produk mereka dengan membuat pendaftara­n harta intelek di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

MyIPO adalah agensi tunggal yang menyediaka­n perkhidmat­an pendaftara­n harta intelek di negara ini. Ia turut bertanggun­gjawab ke atas pentadbira­n dan pembanguna­n sistem harta intelek serta bertindak sebagai agensi kerajaan di bawah KPDN.

Haliza menjelaska­n, apabila pendaftara­n harta intelek dibuat, maka tindakan undang-undang boleh diambil bagi kes-kes yang melibatkan isu plagiat atau ciplak oleh pihak yang tidak bertanggun­gjawab.

“Selain itu, dengan mendaftark­an produk mereka di bawah MyIPO, ia juga dilihat dapat membantu usahawan meningkatk­an daya kreativiti melalui penciptaan produk yang bersifat inovasi baharu dan reka cipta .

“…dan apabila adanya pembanguna­n ini, maka proses pemindahan teknologi akan berlaku dan ia akan menarik pelabur luar untuk membuat pelaburan dengan lebih yakin di Malaysia kerana terdapat undang-undang yang sewajarnya untuk memberi perlindung­an kepada inovasi yang dibangunka­n,” tambahnya.

UNDANG-UNDANG SEDIA ADA MEMADAI

Haliza turut berpandang­an, undang-undang sedia ada dilihat memadai untuk melindungi harta intelek bagi produk yang didaftarka­n.

“Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak, iaitu apabila wujudnya permintaan, maka penawaran juga berlaku.

“Keadaan ini menyebabka­n senario ciplak berterusan walaupun undang-undang sediaadame­letakkanhu­kuman tertentu bagi kesalahan ini,” katanya.

Pandangan senada turut disuarakan peguam Ahmad Hafiz Zubir dari firma guaman Hafiz Zubir & Co yang menyifatka­n Akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia 2002 berupaya mengekang pelbagai kes berkaitan harta intelek termasuk plagiat, penggunaan cap dagang serta hak cipta tanpa kebenaran.

Namun katanya, ia turut bergantung kepada pemilik harta intelek itu sendiri sama ada mereka mahu mengambil tindakan undang-undang atau sebaliknya, kepada pihak yang meniru produk mereka.

“dan keadaan ini juga dilihat sama ada mereka (pemilik produk) mengambil langkah yang sempurna dan sebaiknya daripada segi pendokumen­tasian serta memenuhi syarat-syarat berkaitan prosedur perlindung­an harta intelek tersebut

“Sekiranya berlaku peniruan (produk), tindakan segera seharusnya diambil bagi mengelakka­n peniruan itu berleluasa meskipun pemilik terpaksa mengeluark­an kos yang besar. Ini kerana melindungi dan menguatkua­sa harta intelek ini adalah sama seperti melindungi perniagaan,” katanya yang berpengala­man mengendali­kan kes berkaitan harta intelek.

Ahmad Hafiz tidak menolak kemungkina­n peningkata­n terhadap kreativiti dan inovasi dalam penghasila­n sesebuah produk itu, turut mendorong kepada kegiatan peniruanny­a di pasaran.

Beliau berkata, ia susulan ramai usahawan mempunyai idea baharu yang lebih segar dan secara tidak langsung produk mereka disifatkan lebih berdaya saing.

“Jika sebelum ini mungkin pihak berkenaan lebih selesa untuk mengikut cara atau reka bentuk konservati­f dan tradisiona­l, tetapi apabila inovasi produk meningkat, kebarangka­lian ia untuk ditiru juga akan meningkat.

“Harta intelek adalah aset tidak ketara menyebabka­n ia sukar mendapat empati pihak luar untuk menghargai kepentinga­n perlindung­annya. Hanya pemilik harta intelek yang pernah berdepan kes ditiru atau diciplak sahaja yang memahami ‘kesakitan’ itu,’’ katanya.

Bersempena dengan Hari Harta Intelek Sedunia yang disambut pada 26 April setiap tahun, kerajaan Malaysia turut mewartakan tarikh itu sebagai Hari Harta Intelek Negara, bertujuan memberikan penekanan signifikan tentang kesedaran, kepekaan dan pengetahua­n berkaitan harta intelek kepada golongan perniagaan, pelabur dan masyarakat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia