Utusan Borneo (Sarawak)

Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas

- — Bernama

Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di sini semalam bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena sambutan Hari TLDM ke90.

Ketibaan baginda pada jam 12.13 tengah hari disambut Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob.

Turut hadir Laksamana Pertama (Kehormat) TLDM Datuk Muhammad Abdullah

dan barisan kepimpinan tertinggi TLDM.

Majlis Bacaan Yasin, Tahlil — Gambar Bernama

dan Khutbah Khas yang diadakan di Masjid An-Nur TLDM itu juga sempena memperinga­ti mangsa tragedi nahas Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan Fennec TLDM terhempas pada Selasa lepas yang mengorbank­an 10 anggota dan pegawai TLDM.

Bacaan Yasin dan tahlil yang diketuai Pengarah Agama Markas Tentera Laut Leftenan Kolonel Ahmad Kamil Abdullah, disertai kirakira 3,000 warga TLDM.

Sultan Sharafuddi­n kemudian turut berkenan menunaikan solat Jumaat di masjid tersebut.

Sementara itu, Abdul Rahman dalam khutbah khasnya berkata tragedi pada 23 April lepas telah memberi kesan sangat mendalam dan merupakan satu kehilangan besar buat TLDM khasnya dan negara amnya.

“Sedarlah bahawa kamu (mangsa terkorban) telah menggadaik­an nyawa demi ibu pertiwi dan tanah air tercinta ini. Pengorbana­n yang telah kamu berikan pastinya tidak dapat kami balas dengan air mata.”

“Hanya doa yang mampu kami titipkan agar rohmu sentiasa dirahmati Allah SWT,” katanya diiringi bacaan surah al-Fatihah.

Dalam khutbah sama, Abdul Rahman berkata tema sambutan tahun ini “TLDM Perkasa Kedaulatan Terpelihar­a” begitu signifikan dengan meletakkan pasukan itu sebagai ketumbukan yang menggalas tanggungja­wab penting mengawal setiap inci perairan negara bagi menghindar­i sebarang bentuk penceroboh­an atau konflik musuh.

“Angka90tah­unmerupaka­n usia yang matang dan penuh pengalaman, 90 tahun juga bukan sahaja mempamer kesungguha­n dan komitmen perjuangan warga TLDM dalam melindungi perairan serta menjaga kehormatan kedaulatan negara, bahkan turut memikul amanah serta menjaga kesucian agama secara konsisten,” katanya.

Menurutnya, aspek kompetensi pegawai dan anggota TLDM turut menjadi keutamaan dan perlu diberi penekanan, selain kesiagaan yang tinggi tanpa bergantung kepada aspek material sematamata.

“Tidak kurang pentingnya aspek ketersedia­an modal insan yang kompeten dan profesiona­l,” katanya.

Sambutan Ulang Tahun Perbarisan Hari TLDM ke-90 yang dijadual hari ini, dibatalkan dan digantikan dengan majlis tahlil serta doa selamat susulan tragedi helikopter terhempas tersebut.

Mohamed Khaled sebelum ini berkata pembatalan sambutan itu dibuat selepas mendapat perkenan Sultan Sharafuddi­n.

 ?? ?? MAJLIS TAHLIL: Sultan Sharafuddi­n berkenan berangkat pada Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena Hari TLDM Ke-90 sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid An-Nur, Pangkalan TLDM Lumut semalam.
MAJLIS TAHLIL: Sultan Sharafuddi­n berkenan berangkat pada Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena Hari TLDM Ke-90 sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid An-Nur, Pangkalan TLDM Lumut semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia