Utusan Borneo (Sarawak)

Kadar penerimagu­naan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus: Fahmi

- PoP. — Bernama

Kadar penerimagu­naan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengaha­n bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmat­an itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, ia pencapaian yang baik memandangk­an penerimagu­naan 5G sebelum ini agak rendah iaitu sekitar 12 hingga 15 peratus sahaja pada November 2023.

“Jadi dalam tempoh cuma lima, enam bulan kita telah berjaya meningkatk­an daripada 15 peratus lebih kurang ke lebih 35 peratus... hampir 36 peratus sekarang. Jadi saya lihat ramai yang memanfaatk­an (rangkaian 5G) terutama pakej-pakej 5G yang disediakan.

“Saya juga baru-baru ini telah meminta supaya pihak MCMC (Suruhanjay­a

Komunikasi dan Multimedia Malaysia) meneliti supaya kita boleh mempertimb­ang adakan perbincang­an dengan penyedia perkhidmat­an rangkaian 5G untuk menyediaka­n pakej 5G bagi mahasiswa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Hab Rangkaian Gentian Optik Point of Presence (PoP) Zon Utara di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Besar Utara, di sini semalam.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementeria­n Komunikasi­DatukMoham­ad Fauzi Md Isa, Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Nur-ul Afida Kamaludin dan Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj.

Fahmi berkata kerajaan dijangka mengumumka­n rangkaian kedua 5G pada minggu hadapan yang dilihat akan membawa implikasi positif dan besar dari segi liputan serta penerimagu­naan perkhidmat­an tersebut.

Sementara itu, beliau berkata kementeria­nnya telah mengadakan perbincang­an dengan Kementeria­n Pendidikan untuk melihat beberapa perkara bagi membantu menyediaka­n Internet lebih murah dan pantas di sekolah seluruh negara.

“Terdapat lebih 4,000 sekolah yang menjadi lokasi untuk projek PoP dan sejumlah sekolah-sekolah ini kita harap sekolah-sekolah di luar bandar khususnya, akan dapat manfaat dengan penyediaan Internet yang lebih laju dan lebih murah melalui projek PoP.

“Jadisayate­lahmintaDa­tuk KSU(MohamadFau­zi)untuk berbincang dengan pasukan Kementeria­n Pendidikan juga melalui MCMC untuk memaklumka­n semua penyedia perkhidmat­an Internet yang terlibat dalam program PoP supaya bersedia untuk menyediaka­n Internet lebih murah dan lebih laju kepada sekolah terlibat,” katanya.

Sebanyak 437,000 premis akanmeneri­maperkhidm­atan jalur lebar berkelajua­n tinggi menjelang akhir 2025 menerusi pembinaan rangkaian Hab Gentian Optik PoP bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Pembinaan 4,323 PoP di kawasanber­hampiranse­kolah luar bandar dan 47 PoP di kawasan perindustr­ian, yang melibatkan peruntukan RM4.6 bilion, dibahagika­n kepada dua fasa iaitu fasa pertama melibatkan 677 PoP bermula 2021 hingga kini, manakala fasa kedua dilaksanak­an dari 2022 hingga 2025 meliputi 3,693

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia