Utusan Borneo (Sarawak)

Misi pelayaran ke Gaza ditangguhk­an berikutan tekanan rejim Zionis: FFC

- Oleh Muhammad Hafizuddin Mohd Yusof

Misi pelayaran ‘Break The Siege: Mission To Gaza 2024’ yang dirancang untuk berlepas pada Jumaat (26 April) akan ditangguhk­an lagi, berikutan tekanan dari rejim Zionis supaya lesen pendaftara­n sebuah kapal utama dalam misi itu, Akdeniz ditarik balik, dakwa Freedom Flotilla Coalition (FFC).

“Freedom Flotilla sedia untuk belayar. Kesemua dokumen diperlukan telah dihantar kepada lembaga pelabuhan dan kargo telah dimuatkan dan sedia untuk pelayaran ke Gaza,” kata FFC dalam satu kenyataan pada Khamis.

Bagaimanap­un, FFC berkata ia dimaklumka­n bahawa terdapat sekatan pentadbira­n yang dimulakan Israel untuk menghalang­nya daripada berlepas.

Ïsrael sedang memberi tekanan kepada Republik Guinea Bissau supaya menarik balik pendaftara­n atau lesen daripada kapal utama kami, Akdeniz (Mediterran­ean). Ini mencetuska­n satu permintaan untuk pemeriksaa­n tambahan, ini dari negara kapal itu didaftarka­n, yang menangguhk­an pelayaran pada 26 April seperti yang dirancang,” katanya.

FFC berkata ini adalah satu lagi contoh Israel menghalang penghantar­an bantuan untuk menyelamat­kan nyawa penduduk Gaza yang menghadapi kebuluran terancang.

“Berapa ramai lagi kanakkanak akan mati kerana mulnutrisi dan penyahhidr­atan disebabkan penangguha­n ini dan kepungan berterusan yang perlu dipecahkan?,”soal FFC.

FFC berkata ini bukan kali pertama Israel menggunaka­n taktik sebegini untuk menghalang kapal-kapal ini daripada belayar.

“Kami pernah mengatasi taktik mereka sebelum ini dan bekerja keras untuk menyelesai­kan percubaan terbaharu mereka. Kapal kami sudah memenuhi pemeriksaa­n yang diperlukan dan kami yakin Akdeniz akan lulus pemeriksaa­n ini jika tiada campur tangan politik.

Kami menjangkak­an ini akan mengambil masa beberapa hari. Israel tidak akan mematahkan semangat kami untuk menyampaik­an bantuan kepada penduduk Gaza,” kata FFC.

Terkini, 18 warga Malaysia ketika ini menyertai masyarakat awam antarabang­sa untuk menyampaik­an bantuan kemanusiaa­n ke Semenanjun­g Gaza melalui jalan laut dengan menaiki flotila berikutan situasi kemanusiaa­n yang teruk di rantau itu.

Mereka terdiri daripada doktor, aktivis kemanusiaa­n dan pengamal media.

Antara pengamal media Malaysia yang menyertai flotila itu ialah penulis yang juga wartawan penyiaran daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Muhammad Hafizuddin Mohd Yusof dan jurukamera Bernama TV Mohammad Nulhakim Jailan.

Aktivis dari 30 negara termasuk Malaysia itu kini berkumpul di Istanbul sejak 18 April untuk persiapan akhir sempena misi ‘Break the Siege: Freedom Flotilla Mission to Gaza 2024’ itu.

Tarikh pelayaran asal pada 21 April. Ia kemudian ditunda dua kali kepada 24 April dan 26 April. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia