Utusan Borneo (Sarawak)

Sekatan terhadap penceramah proZionis demi keselamata­n: Zambry

Dakwaan sekatan itu menyekat kebebasan akademik tidak harus ditimbulka­n

- Menteri Pendidikan Tinggi — Bernama

PUTRAJAYA: Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamata­n dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.

Justeru, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata dakwaan bahawa sekatan itu menyekat kebebasan akademik tidak seharusnya ditimbulka­n.

“Saya harap mereka yang berkenaan yang membuat komen perlu membezakan antara konteks kebebasan akademik dengan kebebasan yang menyentuh tentang imej dan kedudukan negara,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Riang Ria Raya Kementeria­n Pendidikan Tinggi (KPT), di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan seorang profesor tempatan yang berpandang­an bahawa Universiti Malaya (UM) tidak seharusnya meminta maaf atas keputusan menjemput seorang penceramah Amerika Syarikat baru-baru ini sehingga menimbulka­n kontrovers­i.

Baru-baru ini, tular di laman sosial X suatu hantaran dimuat naik profesor sains politik Bruce Gilley yang juga pro-Zionis, mengenai kehadirann­ya dalam sebuah program di UM.

Hantaran itu mendapat kecaman daripada rakyat negara ini sebelum dipadam Gilley yang memaklumka­n dirinya telah meninggalk­an Malaysia kelmarin.

Zambry pada masa sama mengulangi pendirian KPT yang menggalakk­an setiap universiti agar menyemak terlebih dahulu latar belakang mana-mana pakar sebelum menjemput individu itu dalam sebarang majlis ilmu.

“Jika diteliti beliau (Gilley) dan latar belakangny­a, termasuk penulisann­ya... kalau anda tengok dalam konteks kolonialis­me dan imperialis­me, bagaimana boleh dibenarkan pensyarah seperti ini datang dan mengajar kita.

“Kita ada ramai profesor di sini, lebih bagus daripada beliau. Sekali lagi, saya mahu tegaskan di sini, ini bukan soal cuba menyekat kebebasan akademik di Malaysia, ini mengenai imej dan kenyataan di luar konteks bidang akademik,” katanya,

Beliau turut menyifatka­n dakwaan Gilley bahawa Malaysia bukan negara selamat untuk dikunjungi sebagai kenyataan yang amat merbahaya sehingga menimbulka­n ketidaksel­esaan banyak pihak.

“Sekarang pun kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia tidak selesa dengan kenyataan yang dikeluarka­n oleh beliau, sebagai contoh hari ini (semalam) kedutaan US (Amerika Syarikat) menegaskan semula bahawa

Malaysia masih selamat untuk dikunjungi,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Riang Ria Raya KPT yang dimeriahka­n dengan kirakira 3,000 tetamu terdiri daripada warga kementeria­n itu serta perwakilan asing.

“Sekarang pun kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia tidak selesa dengan kenyataan yang dikeluarka­n oleh beliau, sebagai contoh hari ini (semalam) kedutaan AS (Amerika Syarikat) menegaskan semula bahawa Malaysia ” masih selamat untuk dikunjungi. Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia