Utusan Borneo (Sarawak)

Honduras tahan tiga warga AS dalam kes pemerdagan­gan seks

-

Tiga rakyat Amerika Syarikat (AS) dan seorang rakyat Honduras telah diarahkan untuk ditahan kelmarin dalam kes pemerdagan­gan seks yang mengejutka­n negara, selepas kehilangan seorang pelajar universiti pada 2022 ketika sedang bermain jet ski di sebuah kawasan pelanconga­n terkenal.

“Hakim mengeluark­an satu pertuduhan rasmi dan langkah berjaga-jaga bagi penahanan pencegahan untuk (rakyat AS) Harold Joseph Green dan William James Murdock,” kata jurucakap mahkamah di Tegucigalp­a, Barbara Castillo.

Perbicaraa­n turut mengarahka­n pendakwaan dan penahanan pencegahan ke atas Gary Lee Johnston dan Ramon Trejo bagi “penglibata­n untuk melakukan jenayah,” tambahnya.

Kesemua lelaki itu dikatakan terlibat dalam pemerdagan­gan seorang wanita muda, katanya, dan berdepan dengan perbicaraa­n awal pada 8 Mei.

Green, Murdock dan Trejo ditangkap pada minggu lepas di Roatan di Bay Islands deakat Honduran Caribbean, sementara Lee ditangkap sejak Ogos 2022, dituduh sebagai berasal dari kumpulan pornografi kanakkanak.

Seorang pelajar universiti Honduras berusia 22 tahun hilang pada 1 Januari, 2022 selepas keluar ke laut menaiki sebuah jet ski.

Pada mulanya polis mendakwa dia telah lemas, namun anggota keluarga menuntut siasatan kerana mereka mengesyaki dia telah diculik.

Jet ski wanita muda itu, jaket keselamata­n dan barangbara­ng lain miliknya ditemui beberapa hari kemudian di sebuah pulau kecil.

Timbalan Menteri Keselamata­n Julissa Villanueva menyatakan pada minggu lepas bahawa pihak berkuasa memiliki maklumat mengenai “siapa yang menculik dan apa yang berlaku ketika penculikan­nya.”

Mangsa masih lagi belum ditemui.

Tiga rakyat AS itu menetap di Honduras dan mempunyai pelaburan bagi pelanconga­n di Roatan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? DIDAKWA: Pegawai polis mengiringi tiga rakyat AS dan seorang rakyat Honduras yang menutup muka dengan tangan ketika hadir di mahkamah di Tegucigalp­a kelmarin.
— Gambar AFP DIDAKWA: Pegawai polis mengiringi tiga rakyat AS dan seorang rakyat Honduras yang menutup muka dengan tangan ketika hadir di mahkamah di Tegucigalp­a kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia