Utusan Borneo (Sarawak)

Jalani pembedahan pangkal paha, Fernandez bakal terlepas baki musim ini

-

Pemain tengah Chelsea, Enzo Fernandez akan terlepas baki musim ini selepas menjalani pembedahan pada kecederaan pangkal paha kelmarin.

Fernandez telah menderita selama beberapa minggu dengan penyakit hernia dan bergelut untuk memberi impak semasa pasukannya dibelasah Arsenal 0-5 Selasa lalu.

Bintang Argentina berusia 23 tahun itu tidak akan hadir untuk enam perlawanan liga terakhir Chelsea dan keadaannya masih akan dinilai untuk mengetahui sama ada dia boleh pulih tepat pada masanya untuk Copa America pada bulan Jun.

Fernandez, pemenang Piala Dunia pada 2022, merupakan pemain Chelsea terbaru yang menyertai senarai kecederaan dalam musim hambar kelab Liga Perdana itu.

Ada kalanya, jurulatih Chelsea, Mauricio Pochettino mempunyai seramai 12 pemain yang tidak dapat bermain, menyebabka­n pasukannya merosot di tempat kesembilan liga akibat masalah kecergasan dan prestasi mereka.

Kekalahan mereka di tangan Arsenal menyusuli kekalahan separuh akhir Piala FA pada Sabtu lalu, 0-1 kepada Manchester City di Wembley dan tekanan kian memuncak ke atas Pochettino.

Fernandez, yang ditandatan­gani dari Benfica dengan harga 107 juta pound pada Januari 2023, telah membuat 28 penampilan liga musim ini, menjaringk­an tiga gol.

“Enzo Fernandez telah berjaya menjalani pembedahan pada masalah pangkal paha hari ini dan kini akan memulakan tempoh pemulihan, mengetepik­an dia untuk baki musim 2023/2024 Chelsea,” kata satu kenyataan kelab.

“Pemain tengah berusia 23 tahun itu akan bekerjasam­a dengan jabatan perubatan kelab untuk pemulihann­ya di Cobham.”

 ?? — Gambar AFP ?? KENCANG: Fernandez (dua kanan) merembat bola pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Arsenal dan Chelsea di Stadium Emirates di London, baru-baru ini.
— Gambar AFP KENCANG: Fernandez (dua kanan) merembat bola pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Arsenal dan Chelsea di Stadium Emirates di London, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia