Utusan Borneo (Sarawak)

Pelumba Sarawak timba pengalaman

Kejohanan Helaz XCO Mountain Bike Series 2024 di Terengganu memberi impak positif kepada pelumba muda Sarawak

- Oleh Hamkar Sarbinee

Pada masa sama ia dapat membentuk persefaham­an, kerjasama dan semangat berpasukan sesama mereka.

KUCHING: Kejohanan Helaz XCO Mountain Bike Series 2024 bagi siri pertama penganjura­nnya di Bukit Chatak Xco Trail Dungun, Terengganu baru-baru ini memberi impak positif khasnya kepada pelumbapel­umba muda.

Awang Putrayusri­e Awang Redzuan Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Sukan Sarawak (SSC)

Kejohanan berlangsun­g pada 19 dan 20 April itu disertai seramai 120 pelumba yang berpengala­man.

Ia tidak hanya disertai pelumba-pelumba berdedikas­i dari negeri dalam Malaysia, malah kejohanan itu juga disertai beberapa pelumba dari negara jiran iaitu Singapura, Indonesia dan Filipina.

Penganjura­n kali ini turut mempamerka­n seramai tujuh pelumba yang berada dalam skuad bayangan untuk menyertai Kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024.

Kejohanan terbabit sekali gus menyediaka­n peluang terbaik untuk mereka khususnya pelumba-pelumba muda memperoleh­i pengalaman untuk meningkatk­an potensi diri masing-masing.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Sukan Sarawak

(SSC) Awang Putrayusri­e Awang Redzuan berkata kejohanan itu merupakan

kesempatan terbaik bagi pelumba-pelumba muda Sarawak untuk meningkatk­an

prestasi mereka.

“Pada masa sama ia dapat membentuk persefaham­an, kerjasama dan semangat berpasukan sesama mereka.

“Sehubungan itu, kita percaya dan yakin pengalaman baharu diperolehi pelumbapel­umba muda sepanjang kejohanan dua hari bersaing pada perlumbaan tersebut,” katanya semasa ditemui di sini kelmarin.

Justeru, Awang Putrayusri­e berharap kejohanan tersebut dapat membentuk persefaham­an hebat dan mampu dijadikan penanda aras terbaik buat pelumbapel­umba Sarawak sebelum bersaing pada temasya SUKMA 2024 di halaman sendiri pada Ogos depan.

Pada kejohanan itu menyaksika­n salah seorang wakil dari Sarawak berjaya menaiki podium iaitu Mohd Zakwan Zamahari yang menduduki tempat ketiga (XCO Men Junior) berbanding Muhammad Fiqri Iqbal Kadir menduduki tempat keenam kategori sama.

Dalam pada itu, Safyia Said dan Nurfara Ain Nabiela Abdullah Hafiz masing-masing menduduki tempat ke-10 dan ke-11 (XCO Women Elit).

Kedua-dua pelumba terbabit (Safyia Said & Nurfara Ain Nabiela) turut menduduki tempat kelima dan kelapan kategori (XCO Women Under 23), sambil Aidil Syahmizan Abdul Rahim menduduki tempat kelima kategori XCO Men Under 23.

Perlumbaan tersebut dianjurkan oleh HELAZ dengan kerjasama Persekutua­n Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM).

 ?? ?? MANTAP: Barisan pelumba Sarawak menyertai Kejohanan Helaz XCO Mountain Bike Series 2024 bagi siri pertama di Terengganu, baru-baru ini.
MANTAP: Barisan pelumba Sarawak menyertai Kejohanan Helaz XCO Mountain Bike Series 2024 bagi siri pertama di Terengganu, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia