Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak memerlukan lebih ramai jururawat

- Oleh Agnes Tugong

Sarawak memerlukan lebih ramai jururawat bagi mengisi 1,381 kekosongan bagi perjawatan tersebut di negeri ini.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata di Sarawak, terdapat 9,491 perjawatan jururawat di bawah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.

Bagaimanap­un kata Dr Sim, 1,381 perjawatan masih kosong kerana tiada penambahan perjawatan dibuat oleh kerajaan persekutua­n meskipun jumlah populasi meningkat.

“Ketua Matron Kementeria­n Kesihatan Malaysia semasa lawatan ke sini juga mengakui akan bebanan tugas jururawat di Sarawak.

“Sebab itu Kerajaan Sarawak mahu mengambil balik autonomi kesihatan supaya kita dapat mentadbir urus (bidang kesihatan) kita sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Seminar Pembanguna­n Profesion Kejururawa­tan 2024 sempena sambutan Hari Jururawat Sedunia di Muzium Budaya Borneo di sini semalam.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar Billy Sujang, Timbalan Pengarah (Kesihatan Awam) Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak Dr Rohani Mat Bah, Ketua Penyelia Jururawat Negeri Lau Sie Ngo dan Ketua Penyelia Jururawat Kesihatan Bahagian Kuching Fatimahwat­i Bakawi serta yang lain.

Selain isu perjawatan jururawat, Dr Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan juga berkata kerajaan

 ?? ?? RASMI: Dr Sim (tiga kanan) menekan butang sebagai simbolik perasmian.
RASMI: Dr Sim (tiga kanan) menekan butang sebagai simbolik perasmian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia