Utusan Borneo (Sarawak)

Dasar pendidikan tinggi percuma utamakan kursus penuhi keperluan pasaran kerja

-

Dasar pendidikan tinggi percuma Kerajaan Sarawak akan memberi keutamaan kepada kursus yang akan memenuhi keperluan pasaran kerja negeri.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, ia bagi memastikan graduan anak Sarawak akan mempunyai kadar kebolehpas­aran yang tinggi.

“Kita (Kerajaan Sarawak) belum lagi menetapkan kursus-kursus ini tetapi akan dikenali pasti secepat mungkin.

“Penentuan ini adalah berdasarka­n kepada keperluan tenaga kerja Sarawak dengan melihat mana yang diperlukan dan ini akan diberi keutamaan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan ‘Jom Masuk U’ Zon Sarawak di sini semalam.

Beliau mewakili Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat Dato Sri Roland Sagah Wee Inn.

Hadir sama Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Profesor Dr Ahmad Hata Rasit.

Dr Annuar berkata Kerajaan Sarawak sedang meneliti pemilihan kursus di bawah dasar itu memandangk­an tidak semua ijazah sarjana muda akan menjamin pekerjaan.

“Jika kita membuka dasar kepada setiap kursus universiti, mungkin ada kursus tertentu yang mungkin tidak mempunyai kadar kebolehpas­aran yang tinggi atau pekerjaan itu mungkin belum wujud lagi.

“Oleh itu, graduan mungkin akan menganggur,” jelasnya.

Sebelum ini Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari mengumumka­n Kerajaan Sarawak akan menyediaka­n pendidikan percuma kepada lebih 25,000 pelajar yang layak di semua universiti dan institusi pengajian tinggi (IPT ) milik Sarawak bermula 2026.

Beliau juga berkata keutamaan akan diberikan kepada pelajar yang mengambil disiplin teknikal dan kewangan seperti kejurutera­an, perakaunan dan sains komputer, yang akan mempunyai peluang lebih baik untuk mendapatka­n pekerjaan.

Terdahulu pada majlis itu, Sagah dalam teks ucapan yang dibaca Dr

Annuar berkata, inisiatif pendidikan tinggi percuma untuk rakyat Sarawak akan melibatkan universiti-universiti milik Sarawak dan IPTS seperti Swinburne University of Technology Sarawak Campus, Curtin University Malaysia, Universiti Teknologi Sarawak, i-CATS University College dan Pusat Kecemerlan­gan Teknologi Sarawak (CENTEXS).

“Kerajaan Sarawak komited dalam usaha menyediaka­n pendidikan percuma kepada anak-anak Sarawak.

“Kita akan menjadi negeri pertama yang bergerak ke arah inisiatif ini dan membuka peluang kepada anakanak kita untuk menerokai teknologi baharu untuk kemajuan Sarawak dan negara,” katanya.

 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? REAKSI: Dr Annuar (kiri) ketika ditemu bual pemberita selepas mewakili Sagah merasmikan ‘Jom Masuk U’ Zon Sarawak .
— Gambar Roystein Emmor REAKSI: Dr Annuar (kiri) ketika ditemu bual pemberita selepas mewakili Sagah merasmikan ‘Jom Masuk U’ Zon Sarawak .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia