Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak dijangka lahir 400 doktor melalui program perubatan UNIMAS

-

Sarawak dijangka melahirkan kira-kira 400 doktor perubatan melalui program perubatan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menjelang tahun 2030, kata Naib Canselor UNIMAS Profesor Dr Ahmad Hata Rasit.

Beliau berkata, program yang dilaksanak­an pada 2017 itu menyaksika­n 38 pelajar fasa pertama berjaya menamatkan kursus lima tahun itu pada tahun lalu (2023).

“Ini adalah usaha UNIMAS dalam menyumbang kepada permintaan doktor perubatan yang diperlukan di Sarawak,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis perasmian ‘Jom Masuk U’ (JMU) Zon Sarawak di sini, semalam.

Program itu dirasmikan Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat Datuk Dr Annuar Rapaee mewakili Menterinya Dato Sri Roland Sagah Wee Inn.

Ahmad Hata berkata di bawah fasa kedua program itu, seramai 40 penuntut terlibat.

“Setiap tahun, pengambila­n kita untuk program ini seramai 40 orang tetapi jika jumlah itu tidak mencukupi, kita akan mendaftar lebih ramai pelajar untuk pengambila­n seterusnya.

“Sasaran kita ialah menghasilk­an sekitar 400 doktor perubatan menjelang 2030,” tambahnya.

Menurutnya lagi, inisiatif ini adalah sebahagian daripada komitmen Kerajaan Sarawak untuk memastikan negeri ini menyediaka­n perkhidmat­an kesihatan terbaik.

Sementara itu, Ahmad Hata berkata UNIMAS komited dalam menggalakk­an lepasan sekolah melanjutka­n pelajaran ke peringkat tinggi selaras dengan aspirasiny­a sebagai universiti yang memperkasa­kan masyarakat ke arah kelestaria­n sejagat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia