Utusan Borneo (Sarawak)

Bot rekreasi ditahan APMM di Kuala Baram

-

MIRI: Sebuah bot rekreasi ditahan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) pada kedudukan 3.2 batu nautika barat daya Kuala Baram di sini kelmarin kerana disyaki melanggar syarat sah lesen.

Pengarah Zon Maritim Miri Kapten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata, bot terbabit ditahan semasa pasukan bot ronda APMM melakukan rondaan rutin di perairan Miri.

“Hasil pemeriksaa­n dan penggeleda­han mendapati bot rekreasi berkenaan dikendalik­an oleh seorang nakhoda (master) dan dua kru semuanya warga tempatan.

“Selain itu, bot membawa tujuh penumpang warga tempatan dan seorang warga Singapura,” katanya dalam satu kenyataan media di sini semalam.

Sehubungan itu, semua kru dan bot rekreasi terbabit diiringi

ke Jeti Marina Bay untuk tindakan selanjutny­a.

Katanya, bot rekreasi terbabit disyaki melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952/60 iaitu melanggar syarat sah lesen.

Dalam pada itu, Mohd Khairol Anuar berkata APMM terus komited menguatkua­sakan undang-undang dan tidak berkomprom­i ke atas pesalah

ingkar.

“Sebarang aduan dan kecemasan di laut boleh dilaporkan secara terus melalui talian Perkhidmat­an Tindak Balas Kecemasan Malaysia (MERS) 999 atau Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Miri di talian 085-418204 dan Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082-432544 atau 082-432016 yang beroperasi 24 jam,” jelasnya.

 ?? ?? DITAHAN: Sebuah bot rekreasi ditahan APMM kerana disyaki melanggar syarat sah lesen.
DITAHAN: Sebuah bot rekreasi ditahan APMM kerana disyaki melanggar syarat sah lesen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia