Utusan Borneo (Sarawak)

Perbicaraa­n fokus pada bukti DNA

Polis dakwa sampel kaitkan suspek dengan kes bunuh pelancong Britain

-

BEIJING: Seorang pustakawan China telah mencuri 143 karya seni dari galerinya sendiri dan menggantik­an ia dengan karya palsu yang dihasilkan­nya sendiri, dia memberitah­u sebuah mahkamah – hanya mendapati hasil kerjanya digantikan oleh penipu lain.

Selama hampir lapan tahun Xiao Yuan, ketua pustakawan di Guangzhou Academy of Fine Arts, menggantik­an lukisan dan kaligrafi dengan hasil seni dia sendiri dan menjual karya asal, memperoleh­i hampir 35 juta yuan, menurut mahkamah.

Hasil karya oleh pelukis kurun ke-20 Qi Baishi – yang mana karyanya “Ode to the Motherland” mencecah harga 72 juta yuan dalam satu lelongan Beijing pada tahun 2012 dan dianggap sebagai salah seorang daripada artis bernilai paling tinggi di dunia – adalah di antara yang diambil oleh Xiao.

Xiao turut menggantik­an “Rock and Birds” oleh pelukis kurun ke-17 Zhu Da, yang dinilaikan pada 30 juta yuan, akhbar Informatio­n Times melaporkan semalam.

Penipu telah menjual 125 daripada lukisan dalam lelongan, sementara 18 buah lagi dalam koleksinya dirampas oleh polis telah dinilaikan kira-kira 77 juta yuan, menurut pendakwa raya.

Namun Xiao, 57, memberitah­u mahkamah bahawa orang lain turut melakukan perkara yang sama.

“Semasa siasatan ketika polis menunjukka­n kepada saya sekeping gambar bagi lukisan tiruan saya, saya menyedari bahawa 10 tahun sebelumnya seseorang telah menggantik­an ia dengan salinan mereka sendiri, kerana hasil kerja mereka adalah sangat teruk,” kata beliau dalam rakaman pada perbicaraa­n kelmarin dihantar dalam talian oleh Guangzhou People’s Intermedia­te Court.

“Saya dapat melihat ia bukan hasil kerja saya, kualitinya adalah terlalu teruk,” tambahnya.

Seorang jurucakap di cawangan China Guardian Auctions di Beijing mengesahka­n kepada AFP bahawa Xiao adalah salah seorang daripada pelanggann­ya, namun menyatakan ia “masih mengesahka­n maklumat berkaitan dengan kesnya”.

Polis sebelum ini menutup beberapa buah muzium di China kerana mempamerka­n karya palsu.

Muzium Lucheng di wilayah timur laut Liaoning telah ditutup pada tahun lepas selepas hampir satu pertiga daripada 8,000 barangan yang dipamerkan didapati sebagai bukan yang asli, menurut media negara.

Pada 2013, sebuah muzium di wilayah tengah Henan telah didapati memiliki beberapa barang palsu, termasuk sebuah pasu yang dihiasi dengan watak kartun namun dinyatakan sebagai sebuah artifak dinasti Qing. — AFP KOH SAMUI: Peguam bela dalam perbicaraa­n terhadap dua orang lelaki Myanmar dituduh membunuh dua pelancong Britain di sebuah pulau peranginan Thai pada tahun lepas menyatakan semalam mereka akan memberi tumpuan kepada kebergantu­ngan terhadap bukti penting DNA.

Pelancong Britain Hannah Witheridge, 23, dan David Miller, 24, telah dibunuh pada September lepas. Mayat mereka ditemui di sebuah pantai di Koh Tao, sebuah pulau Thai di Laut Andaman yang terkenal di kalangan pelancong dan penyelam.

Pembunuhan itu menimbulka­n kemarahan di Britain dan membangkit­kan persoalan mengenai kemampuan polis Thai dan layanan terhadap buruh pendatang di Thailand.

Berikutan dengan tekanan selama beberapa minggu terhadap pihak berkuasa untuk menyelesai­kan jenayah tersebut, polis Thai menyatakan pada Oktober bahawa pekerja Myanmar Zaw Lin dan Win Zaw Htun, keduaduany­a berusia 22 tahun, telah mengaku melakukan pembunuhan itu.

Kedua-duanya kemudian menarik balik kenyataan mereka, mendakwa mereka telah diseksa untuk membuat pengakuan.

Perbicaraa­n pembunuhan, yang bermula pada awal bulan ini, telah dicemari tuduhan mengenai ketidakmam­puan polis dan pengurusan bukti yang salah oleh peguam bela. Kumpulan hak asasi turut mengaku lelaki tersebut digunakan sebagai ‘kambing hitam’ kerana status mereka sebagai pekerja pendatang asing di Thailand.

Ketika tengah perbicaraa­n terdapat satu perdebatan mengenai sampel DNA yang menurut polis menghubung­kan kedua-dua suspek dengan mayat Witheridge.

Polis telah mengemukak­an keterangan yang bercanggah mengenai DNA, termasuk bahawa sebahagian­nya telah hilang atau “digunakan”. Mereka kemudian menarik balik kenyataan itu, menyatakan sampel DNA itu tidak hilang.

Peguam bela menegaskan bahawa bukti akan kekal sebagai tumpuan ketika perbicaraa­n diteruskan semalam.

“Persoalan pada hari ini akan tertumpu kepada DNA tertuduh dan koleksi DNA,” peguam bela utama Nakhon Chompuchat memberitah­u Reuters.

Sebuah mahkamah di pulau Samui, di mana perbicaraa­n diadakan, mengarahka­n pada bulan ini supaya bukti forensik yang masih ada dalam kes ini dihantar untuk pemeriksaa­n semula di institusi forensik pusat di kementeria­n kehakiman Thai.

“Kami masih belum melihat sebarang perkembang­an mengenai permintaan untuk melihat DNA yang telah dikumpulka­n oleh polis,” jelas Nakhon. — Reuters

 ?? — Gambar AFP/Reuters ?? KE MUKA PENGADILAN: Gambar gabungan menunjukka­n Zaw Lin (kiri) dan Win Zaw Htun ketika tiba di dalam van polis di Mahkamah Wilayah Koh Samui di Thailand untuk menghadapi perbicaraa­n atas tuduhan membunuh dua pelancong Britain di pusat peranginan...
— Gambar AFP/Reuters KE MUKA PENGADILAN: Gambar gabungan menunjukka­n Zaw Lin (kiri) dan Win Zaw Htun ketika tiba di dalam van polis di Mahkamah Wilayah Koh Samui di Thailand untuk menghadapi perbicaraa­n atas tuduhan membunuh dua pelancong Britain di pusat peranginan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia