Utusan Borneo (Sarawak)

Mourinho contoh buruk kepada golongan muda: Cruyff

-

LONDON, England: Tingkah laku pengurus Chelsea, Jose Mourinho, menjadi contoh yang buruk kepada golongan muda, menurut bintang legenda bola sepak Belanda, Johan Cruyff Selasa lepas.

Mourinho m e n j a d i p e r h a t i a n pada beber- apa minggu pertama musim baharu Liga Perdana Inggeris dengan mengkritik pengurus lawan selain menarik kritikan kerana menggugurk­an doktor wanita pasukan, Eva Carneiro, yang sudah meninggalk­an kelab.

Mourinho juga didakwa dengan salah laku oleh Persatuan Bola Sepak ( FA) Inggeris kerana mengkritik pengadil selepas pasukannya tewas 1- 3 kepada Southampto­n Sabtu lepas, menyebabka­n pasukannya hanya dua mata di atas zon penyingkir­an.

“Apa yang saya suka tentang beliau ialah beliau sentiasa dapat mencipta suasana yang baik di kalangan pemain dan apa yang saya tidak suka ialah beliau sentiasa meletakkan dirinya di barisan hadapan ( kritikan),” kata Cruyff ketika memberitah­u rangkaian televisyen British, Sky Sports News.

“Beliau seharusnya di barisan kedua. Ia mungkin kerana beliau tidak mempunyai latar belakang sebagai pemain, di mana belia tidak pernah menerima sorakan atau ejekan 100,000 penyokong.

“Mungkin kerana itu, mungkin kerana perhatian dari media, tetapi saya tidak fikir beliau memberikan pendidikan yang baik ke- pada kanak-kanak tentang bola sepak atau tentang kehidupan.

“Beliau seharusnya bersikap lebih baik kerana beliau akan berada dalam media di seluruh dunia.”

Cruyff juga mengembali­kan perbalahan lama dengan pengurus Manchester United, Louis van Gaal.

“Beliau tidak mempunyai taktik yang baik,” kata Cruyff. “Saya suka mengua- sai permainan. Manchester United tidak bermain seperti itu.”

Beliau menambah: “Keputusan, saya fikir perkara kedua. Permainan adalah yang pertama. Wang sangat penting tetapi sentiasa di tempat kedua. Di England, mereka bermain dengan berbeza: semua orang mempunyai gaya permainan mereka sendiri. Gabungan gaya sentiasa menarik.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia