Utusan Borneo (Sarawak)

Megasteel ulangi petisyenny­a ada merit, elak lambakan HRC

-

KUALA LUMPUR: Megasteel Sdn Bhd Rabu lalu mengulangi bahawa petisyen yang dikemukaka­nnya mengenai perlindung­an bagi gegelung keluli panas ( HRC) adalah bertujuan membendung pengimport­an bahan itu secara berleluasa pada harga lambakan.

Malah, ia menyifatka­n faktor itu sebagai merit yang harus diberi pertimbang­an sewajarnya, katanya dalam satu kenyataan.

Penjelasan itu sebagai menjawab dakwaan Persekutua­n Industri Besi dan Keluli Malaysia (MISIF) pada Selasa bahawa petisyen berkenaan tidak mempunyai sebarang merit.

Megasteel berkata, ia berhak untuk mendapatka­n mekanisme perdaganga­n seperti duti perlindung­an dan antilambak­an terhadap pengimport­an HRC yang boleh memberi kesan serius terhadap industri HRC tempatan.

Industri berkenaan mempunyai dua pengeluar iaitu Megasteel dan Southern Steel Bhd, yang mana pengeluara­n mereka terjejas akibat import bahan berkenaan.

Menurut Megasteel, Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri ( MITI) telah mewartakan petisyen itu yang turut me- menuhi syarat sewajarnya termasuk di bawah Pertubuhan Perdaganga­n Dunia (WTO) dan menjadi merit bagi dokumen itu.

Syarikat itu turut menegaskan, seandainya kepentinga­nnya terjejas, ia juga berhak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang berkaitan.

“Sudah banyak negara yang melaksanak­an langkah perlindung­an terhadap pengimport­an keluli, namun kita tidak pula menyaksika­n berlakunya sebarang peperangan dagangan antara negara akibat pelaksanaa­n mekanisme itu.

“Sehubungan itu, sebarang tindakan untuk menakut-nakutkan mengenai kemungkina­n sedemikian serta tindak balas oleh MISIF adalah sesuatu yang amat dikesali,” katanya.

Megasteel menyifatka­n langkah perlindung­an itu dapat mengurangk­an pengimport­an berlebihan HRC, sekali gus menjimatka­n tukaran asing negara dan menurunkan defisit semasa.

Mengulas dakwaan MISIF bahawa harga HRC adalah lebih tinggi daripada harga purata dunia, Megasteel menjelaska­n perkara itu dikawal oleh mekanisme yang ditetapkan oleh MITI dan ia tidak pernah dijual melebihi paras harga ditetapkan.

“Penjualan HRC kepada sektor termasuk elektronik dan automotif juga amat minimum dan tidak akan meningkatk­an inflasi.

“Megasteel dan pihak pengeluar produk huluan tempatan sememangny­a berkongsi objektif untuk melindungi pembanguna­n mampan serta kepentinga­n industri besi dan keluli Malaysia,” katanya.

Sehubungan itu, kewujudan produk huluan dalam pembuatan besi dan keluli yang kukuh itu sudah pasti dapat menggalakk­an industri pertengaha­n dan hiliran serta aspek kemahiran pembuatan, katanya.

Menurutnya, pengeluar produk huluan menggunaka­n bahan tempatan dan memberi nilai tambah kepada rantaian pembuatan secara keseluruha­nnya.

Malah, katanya, amat penting untuk memiliki pembekal keluli tempatan bagi memastikan pembanguna­n dan projek infrastruk­tur tidak terjejas seperti yang pernah dialami pada tahun 2008.

Sehubungan itu, Megasteel percaya MITI akan menilai petisyen perlindung­an berkenaan dan membuat keputusan demi kepentinga­n industri HRC tempatan serta negara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia