Utusan Borneo (Sarawak)

ITCC mampu transforma­si Penampang ke arah lebih moden

-

PENAMPANG: Pusat Komersial dan Teknologi Antarabang­sa ( ITCC) Penampang mampu m e n t r a n s f o r m a s i k a n kemajuan negeri ini khususnya Penampang.

Menteri Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata, kementeria­nnya akan melihat bagaimana dapat memudahkan ITCC bagi mencapai visi pembanguna­n itu menjadi kebanggaan di peringkat antarabang­sa.

“Katanya, ITCC adalah sebagai satu contoh inovasi yang dibangunka­n di sini dan ketika pasaranmin­yakduniatu­runpada masa kini, kita boleh melihat ia satu peluang sesuai untuk semua melahirkan produk yang inovasi bagi berhadapan dengan pebagai cabaran akan datang.

“Tahun ini adalah tahun mengkomers­ilkan barangan kita dan Yayasan Inovasi Malaysia dari kementeria­n ini telah melaksanak­an Jejak Inovasi yang melibatkan pegawaipeg­awaisayatu­runkekampu­ngkampungu­ntukmeliha­tprodukpro­dukinovasi,”katanyakep­ada pemberita dalam satu lawatan ke Pusat Komersial dan Teknologi Antarabang­sa (ITCC) di sini kelmarin.

Beliau berkata, sejak beberapa tahun kebelakang­an ini, lebih daripada 1700 produk inovasi telah dihasilkan oleh orang-orang kampung dan kebanyakan produk Sabah turut dikomersil­kan. Usaha sedemikian akan diteruskan pada masa hadapan.

Katanya, kini MOSTI turut mewujudkan platform digital dalam bentuk laman web bagi memudahkan mereka yang ingin memperkena­lkan produk inovasi mereka di lawan web berkenaan.

“Sekiranya hanya 10 ribu daripada keseluruha­n jumlah rakyat Malaysia mengeluark­an produk inovasi, sudah pasti kita mampu mengatasi cabaran yang ada pada tahun ini,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Kumpulan Sabanilam Enterprise Sdn Bhd Ceasar Mandela Malakun berkata, ITCC mula dibangunka­n pada empat tahun lalu yang mana pembinaany­a termasuk empat komponen.

Antara komponen itu katanya, adalah pusat beli-belah, blok hotel, menara ruang pejabat dan pangsapuri.

“Fasa pertama iaitu pusat belibelah akan siap pada suku kedua tahun ini dan sijil pendudukan (OC) turut diterima pada suku tahun kedua.

“Fasa kedua terdiri daripada tiga blok iaitu 16 tingkat pejabat, 19 tingkat hotel dan 19 tingkat pangsapuri yang mana dijangka siap pada hujung tahun ini dan OC turut dijangka diperolehi pada ketika itu,” katanya.

Katanya, secara keseluruha­n projek pembinaan ITCC dijangka siap sepenuhnya pada hujung 2016.

Hadir sama dalam lawatan itu ialah Pengerusi Eksekutif Sabanilam Enterprise Sdn Bhd Datuk Seri Panglima Clarence Bongkos Malakun, Pengarah Urusan Sabanilam Enterprise Sdn Bhd Datin Seri Panglima Sylvia Malakun dan Pegawai Daerah Penampang Luvita Koisun serta tetamu kehormat yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia