Harian Metro

Tanam ubi kayu, pisang sebagai persediaan MTL

- Agriculture · Healthy Living · Plants · Industries · Wildlife · people

Musang: Makanan berupa ubi kayu, pisang dan padi bukit menjadi bekalan penduduk Orang Asli di kawasan pedalaman di sini, sebagai persediaan bagi menghadapi musim tengkujuh.

Ini berikutan tanaman berkenaan mulai ditanam bermula pertengaha­n tahun ini bagi mendapatka­n hasil menjelang tiba Monsun Timur Laut (MTL).

Penduduk, Amat Pedik, 50, berkata, selain daripada tanaman terbabit, mereka turut menanam sayur-sayuran di sekitar atau berhampira­n rumah sebagai tanaman sara hidup.

Katanya, setiap tahun penduduk Orang Asli akan melakukan persediaan untuk menghadapi MTL kerana mereka kerap berhadapan dengan masalah jalan rosak dan tanah runtuh untuk keluar daripada penempatan mereka.

“Saya sendiri sudah membuat persediaan awal untuk menghadapi MTL kali ini. Bagi mendapatka­n beras, saya terpaksa keluar melalui jalan tanah lebih tiga jam dan kedai paling dekat untuk membeli barangan makanan adalah Rancangan Pengumpula­n Semula (RPS) Kuala Betis.

“Tanaman pisang dan ubi kayu, kami tanam lebih awal sebagai persediaan jika

keadaan jalan rosak teruk atau ada tanah runtuh sehingga penduduk sukar untuk keluar bagi mendapatka­n bekalan makanan.

“Seawal Mac atau April, kami mula bercucuk tanam terutama pisang dan jika ada hasil berlebihan boleh dijual untuk membeli minyak masak, gula dan gandum pula,” katanya ketika ditemui di Pos Bihai, di sini.

Penduduk lain, Apek Asud, 40, berkata, walaupun pelbagai persediaan sudah dibuat, ada sesetengah penduduk berputih mata apabila tanaman mereka dimusnahka­n gajah.

Menurutnya, terdapat penduduk yang mengusahak­an tanaman pisang secara besar-besaran dan dijual kepada pemborong bagi mendapatka­n hasil sebelum tiba musim tengkujuh.

 ?? ?? ANTARA makanan Orang Asli apabila tibanya musim tengkujuh.
ANTARA makanan Orang Asli apabila tibanya musim tengkujuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia