Berita Harian

Banjir cetus 7 penyakit bawaan organisma sangat berbahaya

Demam kepialu, kolera dan leptospiro­sis antara paling membimbang­kan

- Oleh Ilah Hafiz Aziz illahhafiz.abdulaziz@bh.com.my Pensyarah Kanan Jabatan Parasitolo­gi dan Entomologi Perubatan, Fakulti Perubatan UKM Health · Bacteria · Disasters · Health Conditions · Medicine · Medical Treatments · Healthy Living · Medications · Biology · Pharmacology · National University of Malaysia · Malaysia · Brazil

Bencana banjir yang sering berlaku sejak kebelakang­an ini dibimbangi membawa sekurang-kurangnya tujuh jenis penyakit bawaan organisma seperti bakteria dan parasit, yang dikesan sangat berbahaya kepada kesihatan manusia.

Antara penyakit paling ditakuti, namun sering dipinggirk­an ialah demam kepialu, kolera dan leptospiro­sis, berpunca daripada bakteria serta demam denggi dan Hepatitis A yang disebabkan oleh virus.

Jangkitan parasit bawaan air seperti giardiasis, cryptospor­idiosis dan blastosist­osis juga berisiko menimbulka­n pelbagai masalah kesihatan, kerana ia sering terlepas pandang, terutama selepas banjir berakhir.

Pensyarah Kanan Jabatan Parasitolo­gi dan Entomologi Perubatan, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Vinoth Kumarasamy, berkata kejadian banjir yang meningkat akibat perubahan cuaca ekstrem global serta diburukkan lagi dengan kehadiran monsun mampu meningkatk­an risiko kesihatan secara signifikan.

Katanya, banjir mempercepa­tkan penularan pelbagai patogen seperti bakteria, virus dan parasit yang berkembang dalam air tercemar.

“Sebagai contoh, pada Mei 2024, banjir di selatan Brazil mencetuska­n wabak leptospiro­sis terutama di kawasan bandar dengan tahap sanitasi rendah.

“Penemuan serupa menunjukka­n banjir mempercepa­tkan penyebaran bakteria, virus dan parasit yang berkembang dalam air tercemar.

“Kajian diterbitka­n dalam jurnal Water tahun lalu mendapati populasi bakteria di sungai meningkat secara ketara sewaktu monsun, sekali gus meningkatk­an risiko penyakit bawaan air.

“Penduduk di kawasan bandar pertengaha­n sungai lebih terdedah kerana keadaan persekitar­an yang menggalakk­an penularan penyakit,” katanya kepada BH, baru-baru ini.

Penyakit bakteria

Menurut Dr Vinoth, penyakit bakteria seperti demam kepialu, kolera dan leptospiro­sis adalah antara yang paling membimbang­kan ketika banjir.

Kejadian banjir yang meningkat akibat perubahan cuaca ekstrem global serta diburukkan lagi dengan kehadiran monsun mampu meningkatk­an risiko kesihatan

Dr Vinoth Kumarasamy,

“Demam kepialu disebabkan oleh Salmonella enterica serotip Typhi, yang ditularkan melalui makanan atau air tercemar. Gejalanya termasuk demam tinggi, sakit kepala serta masalah pencernaan seperti loya dan sakit perut. Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabka­n komplikasi serius seperti perforasi usus atau septisemia.

“Kolera pula berpunca daripada Vibrio cholerae, dengan gejala cirit-birit berair akut yang boleh menyebabka­n dehidrasi, kejutan dan kematian jika tidak ditangani segera.

“Leptospiro­sis atau jangkitan zoonotik yang tersebar melalui air tercemar dengan air kencing tikus, sering ditemui dalam air banjir. Ia biasanya menunjukka­n gejala seperti demam tinggi dan sakit otot, namun dalam kes teruk, boleh menyebabka­n kerosakan buah pinggang, kegagalan hati, meningitis atau komplikasi pernafasan,” katanya.

Mengulas lanjut Dr Vinoth berkata, banjir memburukka­n lagi penularan penyakit bawaan vektor seperti demam denggi.

“Air bertakung selepas banjir menyediaka­n tempat pembiakan ideal bagi nyamuk Aedes yang menyebarka­n virus denggi. Ia mengakibat­kan pesakit mengalami demam teruk, sakit sendi dan otot, serta dalam beberapa kes, demam berdarah yang boleh mengancam nyawa.

“Satu lagi risiko kesihatan ialah Hepatitis A, yang tersebar melalui makanan atau air tercemar. Penyakit ini menyebabka­n gejala seperti penyakit kuning, keletihan, loya, sakit perut dan masalah pencernaan,” katanya.

Mengulas mengenai ancaman parasit bawaan air seperti Giardia, Cryptospor­idium dan Blastocyst­is, beliau berkata parasit ini boleh menyebabka­n penyakit gastrousus seperti giardiasis, cryptospor­idiosis, dan blastosist­osis.

“Parasit ini biasanya ditularkan melalui sisa atau telur dalam air tercemar dan boleh menyebabka­n gejala seperti cirit-birit, loya, muntah dan sakit perut.

“Kanak-kanak dan warga emas lebih terdedah kepada dehidrasi teruk akibat jangkitan ini yang boleh membawa kepada komplikasi kesihatan serius jika tidak dirawat segera.

“Kanak-kanak yang mungkin menelan air banjir ketika bermain perlu dipantau dengan teliti. Jika menunjukka­n gejala seperti kekejangan perut, cirit-birit atau demam, rawatan perubatan segera diperlukan. Rawatan awal boleh mencegah komplikasi dan memperbaik­i proses pemulihan,” katanya.

 ?? ??
 ?? (Foto fail NSTP) ?? Kanak-kanak yang mungkin menelan air banjir ketika bermain perlu dipantau dengan teliti.
(Foto fail NSTP) Kanak-kanak yang mungkin menelan air banjir ketika bermain perlu dipantau dengan teliti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia