Berita Harian

Kerosakan sektor agromakana­n dianggar RM177J akibat banjir

28,000 hektar kawasan terjejas babitkan sawah di Kelantan, Kedah dan Terengganu

- Oleh Suzalina Halid suzalina@bh.com.my Business · Farm Equipment · Agriculture · Livestock Industry · Industries · Kelantan · Terengganu · Pahang · Mohamad Sabu

Sebanyak RM177 juta anggaran nilai kerosakan dalam sektor agromakana­n yang direkodkan akibat banjir pada Monsun Timur Laut (MTL) 2024 membabitka­n 15,456 petani di seluruh negara.

Menteri Pertanian dan Keterjamin­an Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata kira-kira 28,000 hektar kawasan terjejas dengan majoriti membabitka­n sawah padi di Kelantan, Kedah dan Terengganu.

Beliau berkata, daripada keseluruha­n jumlah itu, 1,153 kumpulan sasar yang terjejas adalah petani selain padi, dengan 502.96 hektar terjejas dan RM17.25 juta nilai kerugian dicatatkan.

“Paling banyak adalah sawah padi di Kelantan, Kedah dan sedikit di Terengganu, selain sektor perikanan, pertanian dan tanaman sayuran,” katanya pada sidang media, di lobi Wisma Tani, di sini, semalam.

Terdahulu, Mohamad menyempurn­akan majlis Flag-off Skuad

Ihsan MADANI Kementeria­n Pertanian dan Keterjamin­an Makanan (KPKM) dengan 20 warga kerja skuad itu bergerak ke Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang membantu mangsa banjir.

Pada masa sama, Mohamad berkata, 13,674 petani terjejas adalah pesawah; 599 (tanaman selain padi); masing-masing 250 bagi perikanan dan ternakan; 35 nelayan dan 19 usahawan tani.

Kedah paling terjejas

Beliau berkata, petani yang paling terjejas adalah di Kedah dengan 7,422 orang membabitka­n 14,613 hektar dan RM97.76 juta nilai kerugian.

Katanya, ia diikuti 3,426 petani di Kelantan dengan nilai kerugian RM33.37 juta dan 2,107 petani di Terengganu membabitka­n nilai kerugian RM13.43 juta.

Mohamad berkata, KPKM juga menyediaka­n mekanisme bantuan iaitu Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) bagi pesawah padi dan Tabung Bencana Pertanian (TBP) bagi pengusaha tanaman selain padi.

“Selain itu, KPKM juga memperkena­lkan Skim Takaful Tanaman Padi yang mula dilaksanak­an pada 13 September lalu bagi melindungi tanaman padi daripada pelbagai risiko bencana.

“Kadar pemberian bantuan berdasarka­n usia tanaman padi iaitu RM1,800 sehektar bagi usia padi melebihi 71 hingga 120 hari, manakala RM876 sehektar bagi peringkat tanaman satu hingga 70 hari,” katanya.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Mohamad bersama Skuad Ihsan MADANI Kementeria­n Pertanian dan Keterjamin­an Makanan (KPKM) pada Majlis Flag-off Skuad Ihsan MADANI KPKM di Wisma Tani, semalam.
(Foto BERNAMA) Mohamad bersama Skuad Ihsan MADANI Kementeria­n Pertanian dan Keterjamin­an Makanan (KPKM) pada Majlis Flag-off Skuad Ihsan MADANI KPKM di Wisma Tani, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia