Harian Metro

Penternak rugi RM110,000 37 lembu mati dihanyut air

- Disasters · Livestock Industry · Agriculture · Industries · people

Penternak lembu di lebih 10 kampung di Pengkalan Kubor, dekat sini, berdepan kerugian mencecah ratusan ribu ringgit apabila ternakan mereka mati dan hanyut ketika banjir baru-baru ini.

Meskipun masih ada ternakan yang selamat tapi kebanyakan­nya kini mengalami penyakit disebabkan terlalu lama berada dalam air.

Ini kerana banjir yang datang tidak disangka terlalu teruk sehinggaka­n penternak tidak sempat membawa keluar ternakanny­a ke tempat lebih selamat.

Menurut Mohd Azrul Abdul Rahman, 36, dia menanggung kerugian sebanyak RM110,000 kerana 37 lembu peliharaan­nya mati serta dihanyutka­n air ketika banjir gelombang pertama baru-baru ini.

“Walaupun kandang di Kampung Palas Merah sudah dibina agak tinggi, air masih menenggela­mkan sebahagian lembu yang tidak sempat dibawa keluar.

“Daripada hampir 300 lembu yang diletakkan di kandang itu, lebih 200 ekor

“Bayangkan empat hingga lima hari lembu berendam dalam air, kesannya kaki lembu jadi bengkak dan ada yang berkudis, mungkin lama kelamaan akan mati” Mohd Azrul

sudah dijual sebelum banjir manakala selebihnya berada di kandang. Sebahagian­nya saya sempat keluarkan pada hari pertama air melimpah dan 37 menjadi mangsa banjir dengan ada yang hanyut dan tenggelam air,” katanya.

Mohd Azrul berkata, ada juga beberapa ekor yang disembelih lebih awal kerana kelihatan ‘tidak sihat’.

Katanya, kebanyakan lembu milik penternak di sekitar kampungnya berdepan dengan penyakit kulit.

“Bayangkan empat hingga lima hari lembu berendam dalam air, kesannya kaki lembu jadi membengkak dan ada yang berkudis, mungkin lama kelamaan akan mati,” katanya.

Setiap kali musim banjir, laluan Jalan Keselamata­n dan Pembanguna­n (Kesban)

antara lokasi selamat untuk penduduk meletakkan kenderaan atau menambat ternakan mereka.

Bagaimanap­un ketika banjir lalu, laluan itu menerima limpahan air menyebabka­n banyak kenderaan rosak serta ternakan berendam dalam air sehingga empat ke lima hari.

Bagi penternak yang ingin dikenali sebagai Amran, 57, semua lima lembunya ditambat di Jalan Kesban dan datang memberi makan setiap hari walaupun situasi ketika itu agak terancam dengan paras air semakin meningkat.

“Disebabkan banyak hari lembu berendam dalam air,

kaki mereka menjadi berkudis dan sudah diubati, tetapi ia tidak berkesan bagi lembu yang sudah berkeadaan terlalu teruk.

“Boleh dikatakan penternak kini sedang menunggu lembu mereka mati seekor demi seekor kesan dari banjir yang luar jangka baru-baru ini,” katanya.

 ?? ?? LEMBU milik penternak di Pengkalan Kubor yang sakit akibat terlalu lama berendam dalam banjir.
LEMBU milik penternak di Pengkalan Kubor yang sakit akibat terlalu lama berendam dalam banjir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia