Harian Metro

4,250 pek makanan diagihkan kepada mangsa bah

- Food · Dining Out · Cooking · Healthy Living · Healthy Food · Meat · Recreation · Kelantan · Kota Bharu · Tumpat · Bachok · Kuala Krai

Sebanyak 4,250 pek makanan sedia dimakan diagihkan kepada 1,500 mangsa banjir di Kelantan hasil sumbangan Kumpulan Brahim’s Dewina (Brahim’s) menerusi Food Aid Foundation.

Pengurus Besar Food Aid Foundation, Afraz Said berkata, pihak Brahim’s menyumbang­kan pes masakan antaranya pea asam pedas, pes masak merah, dan pes rendang bagi membantu penyediaan makanan panas kepada mangsa banjir.

“Pes-pes berkualiti tinggi dan sedia digunakan ini, bersama sumbangan dari penaja lain, memastikan kami dapat memenuhi keperluan mendesak mangsa banjir pada masa yang kritikal ini.

“Sehingga kini, kami sudah menyediaka­n dan mengedarka­n lebih 4,250 pek makanan panas menggunaka­n kombinasi pes tajaan dan bahan segar.

“Lebih 1,500 beg makanan yang mengandung­i hidangan sedia dimakan Brahim’s seperti bubur lambuk, mi goreng ayam, nasi goreng ayam, sardin, bubur ayam, nasi goreng pedas, dan air mineral Brahim’s,” katanya semalam.

Menurutnya, antara kawasan terjejas yang menerima bantuan termasuk Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas, Bachok, Pengkalan Chepa, dan terutamany­a Kuala Krai.

Katanya, kawasan terbabit merupakan lokasi terjejas teruk yang memerlukan bantuan makanan yang berkhasiat terutama ketika menempuh cabaran banjir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia