Harian Metro

Menteri minta majikan toleransi dengan pekerja terjejas banjir

- Employment · Career · Society · Business · Sabah · Sarawak · HR Management · Management

Bukit Mertajam: Majikan diharap dapat bertoleran­si dan memberikan pertimbang­an sewajarnya kepada pekerja yang terjejas dalam menghadapi situasi bencana seperti banjir.

Menteri Sumber Manusia Steven Sim berkata, majikan tidak boleh memotong gaji pekerja sewenang-wenangnya kerana perkara itu tertakluk di bawah Akta Kerja 1955 di Semenanjun­g, dan Ordinan Buruh bagi Sabah dan Sarawak.

“Gaji tidak boleh dipotong kecuali yang dinyatakan dalam undang-undang, contohnya untuk potongan cukai berkala, KWSP, Perkeso dan sebagainya. Jadi, apa-apa potongan gaji harus ikut akta.

“Untuk keadaan banjir dan sebagainya, saya minta kalau ada majikan atau pekerja yang memerlukan bimbingan dari segi penyelaras­an kerja supaya tampil atau menghubung­i pejabat Tenaga Kerja,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Peluncuran Kampung Angkat Madani Kesuma Kampung Baru Alma di sini, semalam.

Beliau berkata, Kementeria­n Sumber Manusia (Kesuma) sedia memberikan khidmat supaya aturan kerja tersusun dan apa jua tindakan khusus semasa bencana seperti gaji dan aturan kerja yang boleh diperincik­an secara harmoni.

Sim berkata pihak kerajaan faham bahawa keadaan bencana ini adalah di luar kawalan semua pihak, maka perlu ada toleransi agar satu hubungan yang harmoni boleh disemarakk­an.

Beliau berkata, pendekatan ini pernah dilakukan sebelum ini ketika terdapat isu gangguan bekalan air apabila kebanyakan majikan dan pekerja tidak faham bagaimana untuk membuat penyelaras­an waktu kerja, cuti dan sebagainya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia