Berita Harian

50 tan sayur rosak terendam bah

Hujan lebat sejak Jumaat jejas lebih 20 hektar kebun di Johor

- Oleh Mohamed Farid Noh farid_noh@bh.com.my Disasters · Healthy Living · Healthy Food · Fruits · Vegetables · Malaysia · Kluang · Tangkak · Muar · Kota Tinggi

Kira-kira 50 tan sayuran rosak selepas kebun sayur utara Johor, mula ditenggela­mi banjir, susulan musim tengkujuh bermula minggu lalu.

Setiausaha Persekutua­n Penanam Sayur Sayuran Malaysia, Tan Chee Kiong, berkata hujan lebat sejak Jumaat lalu menyebabka­n lebih 20 hektar kebun dan ladang sayuran di Tangkak dan Muar, ditenggela­mi banjir.

Katanya, lebih banyak ladang sayuran di kawasan rendah di Johor akan ditenggela­mi banjir jika hujan lebat berterusan minggu ini.

“Hujan lebat dua hari yang melanda Tangkak dan Muar pada Jumaat dan Sabtu lalu menyebabka­n lebih 20 hektar kebun sayur ditenggela­mi banjir.

“Ini membabitka­n kira-kira 50 tan sayuran terutama berdaun seperti sawi, bayam dan kangkung rosak akibat ditenggela­mi banjir.

“Bagaimanap­un, bekalan sayuran berdaun di negeri ini tidak terlalu terjejas kerana bekalan masih boleh didapati dari daerah dan negeri berdekatan,” katanya ketika dihubungi.

Proses semaian semula

Dalam pada itu, Chee Kiong berkata, tempoh kira-kira tiga minggu hingga sebulan diperlukan bagi memastikan kebun serta ladang sayuran terjejas, dapat memulakan proses penanaman sayuran semula.

Katanya, ini berikutan proses semaian semula perlu dibuat susulan sayuran ditanam rosak.

“Jika tanah terlalu berair pun tidak sesuai untuk proses semaian semula. Mahu tak mahu, pengusaha kena menunggu tanah kering sedikit sebelum memulakan proses.

“Jika keadaan hujan lebat berterusan, kami bimbang kebun dan ladang sayur di kawasan rendah, terutama Kota Tinggi dan Kluang turut ditenggela­mi banjir,” katanya.

 ?? (Foto ihsan Persekutua­n Penanam Sayur) ?? Ladang sayuran di Sengkang, Tangkak yang ditenggela­mi banjir.
(Foto ihsan Persekutua­n Penanam Sayur) Ladang sayuran di Sengkang, Tangkak yang ditenggela­mi banjir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia