Harian Metro : 2020-09-26

WM : 39 : 39

WM

WM | HARIAN METRO SABTU 39 26 SEPTEMBER 2020 FOTO NUR ADIBAH MOHD IZAM pertunjuka­n itu diadakan secara fizikal. “Setiap tahun pereka menantikan festival fesyen ini yang dianjurkan setahun sekali. Apabila pandemik ini menular ramai buat hantaran mesej peribadi kepada saya menzahirka­n mereka berasa sedih tidak dapat melihat secara dekat. “Lazimnya awal tahun lagi kami sudah buat persiapan kerana enam bulan itu detik penting untuk keluarkan ‘apa yang terbaik’ mereka hasilkan untuk peminat fesyen tempatan mahupun pihak luar yang sukakan produk Malaysia. “Walaupun ramai mengharapk­an ia diadakan secara fizikal, pada saya terbaik adalah menggunaka­n format digital yang mana sedang berlaku juga di Eropah mahupun negara-negara luar sana,”katanya. KLFW tahun ini dengan format baharu memilih rakaman tertutup bagi klip video selain penggambar­an rekaan busana di sekitar lokasi ikonik ibu negara. “Tahun ini konsep lebih terbuka yang mana lebih ramai boleh menikmati pertunjuka­n yang selama ini tempat duduknya terhad. Semua pengunjung KLFW 2020 juga bergelar ‘vip’ kerana platform digital membolehka­n semua golongan menikmati siaran itu di depan skrin. “Meskipun rakan dan peminat fesyen tegar KLFW dari luar seperti China, Thailand, Indonesia, Singapura dan Brunei tidak dapat hadir, mereka masih boleh sertai dan paling penting inilah masanya orang tempatan sendiri memberi sokongan kerana konsep iaitu pereka tempatan dengan lokasi sekitar Kuala Lumpur sesuatu dekat dengan kita,”katanya. Pengisian memerlukan kreativiti dalam menarik penonton di platform digital, terdapat ‘teaser’ selain menampilka­n lima episod yang membawa pengisian berbeza, antaranya ‘fashion uncensored’ yang dikupas panel penggiat fesyen tanah air, ‘style matter’, ‘Fashion 101’ dan lain-lain. Kata Andrew paling bermakna penonton boleh saksikan ‘babak’ belakang tabir bersama rakan penaja strategik seperti dengan mengikut perjalanan kerja baik dari pereka, jurumekap, pendandan rambut, teknologi penjagaan muka dan penjagaan rekaan. Kareografe­r KLFW, Hartini Mat Jasin atau lebih popular dengan supermodel Tinie menyifatka­n setiap format pertunjuka­n baik digital dan fizikal mempunyai cabaran masingmasi­ng. “Tempoh persiapan untuk kedua-duanya sama sahaja iaitu enam bulan kerana perlu pastikan semua jadual baik pereka, model dan kru penggambar­an berjalan seperti biasa. “Kalau pertunjuka­n fizikal persiapan lama tetapi tempoh ia berlangsun­g sangat pantas kerana secara langsung. Tidak boleh ada kesilapan berbanding secara digital proses penggambar­an dalam studio lebih panjang dan boleh betulkan kesilapan. “Saya cuba praktikkan pengalaman 20 tahun lalu bersama jenama terkemuka dalam ‘input’ atau hasil kerja untuk dikongsi bersama rakan industri dan juga penonton festival ini,”katanya. Beliau menyifatka­n ini peluang keemasan buat peminat mahupun mereka yang tidak berpeluang menyaksika­n KLFW melihat sendiri hasil pereka tempatan diperagaka­n Meskipun rakan dan peminat fesyen tegar KLFW dari luar seperti China, Thailand, Indonesia, Singapura dan Brunei tidak dapat hadir, mereka masih boleh sertai dan paling penting inilah masanya orang tempatan sendiri memberi sokongan kerana konsep iaitu pereka tempatan dengan lokasi sekitar Kuala Lumpur sesuatu dekat dengan kita ANDREW TAN model di dunia maya. Wakil penaja Wardah Nurliyana Mohd Yasin menyifatka­n sokongan pihaknya kepada KLFW lebih kepada hubungan strategik yang mana sebelum ini jenama sama pernah mewarnai pentas antarabang­sa termasukla­h di Dubai. “Apabila mendapat tawaran menjadi rakan penaja, kami berasakan itu satu usaha membantu menjayakan pertunjuka­n membarisi bakat tempatan. “Kami juga dapat memberi khidmat nasihat mengenai ‘look’ terbaru dan pengunjung sendiri boleh menerima manfaat dan belajar demo solekan dipakai oleh model KLFW,” katanya.

© PressReader. All rights reserved.