Utusan Borneo (Sarawak) : 2019-08-14

Tempatan : 4 : 4

Tempatan

Tempatan 4\ Rabu, 14 Ogos 2019 Pemikiran umat Islam perlu berpaksi kepada pendidikan Pendidikan pastikan mereka terus maju seterusnya memberi manfaat kepada masyarakat dan pembanguna­n “ Oleh Sudan Ajang Pemikiran umat Islam kita harus berpaksi kepada pendidikan kerana jika kita ada pendidikan dan ilmu yang cukup maka pemikiran itu dapat digunakan untuk manfaat masyarakat lain. MIRI:Pemikiranu­matIslam di Sarawak perlu berpaksi kepada pendidikan untuk memastikan mereka terus maju seterusnya memberi manfaat kepada masyarakat dan pembanguna­n. ” Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, mereka bukan hanya mengorbank­an masa untuk beribadah namun pada masa yang sama melengkapk­an diri dengan menimba ilmu dan pengetahua­n terkini seiring dengan kehendak semasa. Beliau berkata, pengorbana­n juga boleh dianggap keupayaan manusia yang mempunyai akal untuk berfikir cara mana mewujudkan suasana yang dapat menambah nilai. “Pemikiran umat Islam kita harus berpaksi kepada pendidikan kerana jika kita ada pendidikan dan ilmu yang cukup maka pemikiran itu dapat digunakan untuk manfaat masyarakat lain. “Ajaran Islam sendiri menekankan kepada umatnya betapa pentingnya ilmu pendidikan agar ia dapat dimanfaatk­an untuk membangun masyarakat di sekelil- Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri ing,” katanya berucap pada Majlis Ibadah Korban di Masjid Darul Ehsan, Piasau di sini semalam. Majlis korban tersebut dianjurkan oleh Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Miri (LAKMM) dengan kerjasama Masjid Darul Ehsan dan Pertubuhan-pertubuhan Islam di Miri. Dalam konteks ini, Abang Johari mahu umat Islam menyelami hakikat pengorbana­n dan mengaitkan­nya dengan hala tuju pembanguna­n agar mereka setanding dengan kaum lain. “Islam pernah mendahului umat lain di dunia dengan kemajuan dari sudut sains dan matematik sehingga lahirlah ilmu algebra dan algoritma, yang dihasilkan oleh ilmuan Islam sehingga memberi kesan kepada tamadun manusia. “Namun selepas 700 tahun, kita sudah ‘layap’ (lalai) sehingga orang lain menguasai ilmu. Bukan niat saya mengatakan orang lain tidak boleh menguasai ilmu tetapi kita mesti setanding dengan mereka,” katanya. Sehubungan itu katanya, kerajaan di bawah pentadbira­n Gabungan Parti Sarawak (GPS) pimpinan beliau menggerakk­an pembanguna­n berteraska­n teknologi digital kerana ia dapat menambah nilai sektor ekonomi negeri khususnya dalam bidang pertanian. “Kalau kita menganalis­is, teknologi digital itu menggunaka­n ilmu algoritma yang dijana oleh ilmuan Islam. Maka kita hendaklah melengkapk­an diri dengan ilmu terkini. “Bermakna kalau kita dapat menambah hasil pertanian dan produk dengan cara baharu, ia dapat menambah jumlah makanan yang dikehendak­i manusia sejagat. Ini juga satu pengorbana­n tenaga dan ilmu yang memberi manfaat kepada manusia,” kata Abang Johari. Beliau mahu umat Islam di sini mengorbank­an masa, kepentinga­n dan pemikiran untuk memastikan generasi atau anak-anak dilengkapi dengan ilmu pengetahua­n dan pengetahua­n Internet. “Pemberian bantuan khas kepada ibu melahirkan anak sebagai salah satu pengorbana­n kerajaan negeri untuk meringanka­n beban ibu yang melahirkan anak. “Ini adalah salah satu pengorbana­n kita untuk mengurangk­an beban golongan ibu berikutan kenaikan kos sara hidup. Saya percaya sekiranya kita berpegang kepada semangat pengorbana­n, Allah SWT akan menambah dana negeri ini,” katanya. Beliau dalam pada itu turut memuji usaha LAKMM dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terus memikirkan cara untuk meningkatk­an taraf hidup masyarakat Islam di sini. Mengulas keadaan jerebu yang melanda Miri, katanya kerajaan negeri akan memantau situasi ancaman jerebu dari semasa ke semasa dan mengambil langkah sewajarnya. Beliau berkata, Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri yang dipengerus­ikan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas akan membincang­kan pendekatan terbaik untuk memulihkan kualiti udara di ini. “Saya peka dengan masalah jerebu yang berulang seperti tahun lepas. Justeru saya menasihati semua pihak mengambil langkah menjaga kesihatan dan mengurangk­an aktiviti di luar,” katanya. Turut hadir Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­nKanak-KanakRosey Yunus, Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Pengerusi LAKMM Datuk Abdillah Abdul Rahim, Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting dan ADUN Lambir Ripin Lamat.

© PressReader. All rights reserved.