Harian Metro : 2019-07-12

Minda : 18 : 18

Minda

18 minda Mejar (B) Ramli Abdul Rahim A HARIAN METRO A da mutiara indah yang dapat dipetik daripada ungkapan: “Aku menghormat­i seseorang, sebab adabnya bukan kerana ilmunya, sebab iblis lebih berilmu daripada manusia, tetapi akhlak hanya dimiliki Nabi.” - Syekh Abdul Qadir Al Jailani Akhlak adalah perilaku, sikap, perbuatan, adab dan sopan santun, lantas akhlak mulia itu adalah seluruh perilaku umat manusia yang sesuai dengan tuntunan al-Quran dan hadis iaitu adab sopan santun yang dicontohka­n dan diajarkan Rasulullah SAW kepada seluruh umat manusia. Budi bahasa merujuk kepada tutur kata, kelakuan, sopan santun dan tatatertib, akal kebijaksan­aan dan perbuatan kebajikan tercantum dalam kata-kata mulia melalui setiap gerak laku, tutur kata, tata hidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain. Biasanya orang yang menaburkan budi tidak akan mengharapk­an sebarang balasan dan budi atau sumbangan itu baik dari segi tenaga atau material, mestilah diberi dengan ikhlas jika ingin mendapat keberkatan dan orang yang menerima budi pula tidak dituntut untuk membalas budi yang diterima. Akhlak atau adab sopan santun yang dicontoh dan diajarkan Rasulullah SAW itu meliputi akhlak manusia kepada Allah SWT dan akhlak terhadap sesama ciptaan Allah termasuk akhlak terhadap diri sendiri kerana diri sendiri itu termasuk ciptaan Allah juga, zahir dan batin. Akhlak mulia kepada Allah bererti mengikuti seluruh perintah yang disampaika­n Allah SWT kepada Rasul-Nya dan seluruh perintah itu sudah tercatat dalam al-Quran dan hadis yang sewajarnya dipatuhi sebagai cara hidup seorang Muslim. Akhlak terhadap ciptaan Allah meliputi segala perilaku, sikap, perbuatan, adab dan sopan santun sesama ciptaan-Nya yang terdiri daripada ciptaan yang ghaib dan juga ciptaan yang nyata, benda hidup dan juga benda mati. Ketika melakukan kerja dakwah, hendaklah kita menjaga tutur kata supaya tidak emosional di samping menyertaka­n sumber dalil daripada al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW atau ijmak dan qias ulama. Dalam berdakwah kita tidak boleh menghina agama lain dan juga tidak boleh menghina bangsa lain kerana pada hakikatnya semua manusia tidak kira bangsa atau warna kulit adalah ciptaan Allah yang menguasai setiap sesuatu di dalam kehidupan kita. Misi dakwah bagi membawa manusia kepada Allah SWT dan perlu memastikan dakwah itu mengajak umat manusia agar bersatu dengan Islam serta berpaksika­n kepada akidah, rodhyiatan mardhiyah mardhatill­ah (one-on-one) Oleh Juragan

© PressReader. All rights reserved.