Harian Metro : 2019-07-12

Setempat : 4 : 4

Setempat

Lapan Pati ditahan 4 setempat Kota Tinggi: Cubaan lapan pendatang asing tanpa izin (Pati) warga Indonesia masuk ke negara ini dipatahkan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Pengerang, awal pagi semalam. Mereka ditahan dalam serbuan di kawasan hutan pantai Sungai Tengah, Bandar Penawar, dekat sini, jam 2.30 pagi. Komander PPM Wilayah Dua, Asisten Komisioner, Paul Khiu Khon Chiang berkata, semua Pati yang ditahan berusia 30 hingga 61 tahun. A HARIAN METRO Mohd Aizat Shamsuddin [email protected] Kuala Berang S eorang ibu tunggal mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan mengabaika­n tiga anak kandungnya di Mahkamah Majistret Kuala Berang di sini, semalam. Tertuduh, Siti Minah Muhammad, 32, memohon dibicaraka­n ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda. Mengikut kertas pertuduhan, wanita itu didakwa membiarkan tiga anaknya berusia enam, lapan dan 12 tahun tinggal di bawah pengawasan serta pemelihara­an yang berpatutan. Dia dituduh melakukan perbuatan itu pada 3 Julai lalu kira-kira jam 10 pagi di Perumahan Awam Kos Rendah, Padang Setengge, di sini. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 33 (1) (A) Akta Kanak-Kanak 2001 yang jika sabit kesalahan boleh didenda RM20,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali. Tertuduh juga boleh diperintah­kan melakukan khidmat masyarakat antara 35 jam hingga 240 jam. Pendakwaan dikendalik­an Pegawai Pendakwa, Asisten Superinten­dan Tuan Rosnah Tuan Husain manakala tertuduh diwakili peguam Mastura Amirah Mohd Idris. Terdahulu, Mastura Amirah memohon mahkamah mengurangk­an wang ikat jamin tertuduh dengan alasan tertuduh hanya bekerja sebagai pembantu jualan dengan gaji RM45 sehari dan menjadi penanggung tunggal dalam keluarga. Mahkamah kemudian membenarka­n tertuduh diikat jamin RM3,000 bagi sekan FAKTA FAKTA Tertuduh boleh xxxxxxx didenda xxxxx RM20,000 xxxx xxxx atau xxx penjara xxx xxx lima tahun

© PressReader. All rights reserved.