Harian Metro : 2019-07-12

Rap : 43 : 43

Rap

| harian metro jumaat 43 rap 12 julai 2019 FOTO: ROHANIS SHUKRI “Jadi, saya mengajak dan membuka peluang kepada anak muda yang minat menyanyi serta memiliki vokal mantap untuk tampil menceburi bidang muzik. Mari kita bersama-sama dan berganding bahu dengan misi memartabat­kan muzik tradisiona­l dan Nusantara yang berevolusi. Semestinya ia ada kekuatan tersendiri,” katanya. Loque berkata, sesiapa yang berminat boleh menghantar mesej langsung (DM) kepadanya di Instagram. Katanya, dia mencari mereka yang memiliki vokal mantap seperti Datuk M Nasir, Datuk Jamal Abdillah dan Azlan The Typewriter. “Ia terbuka kepada lelaki dan wanita. Asalkan vokal mantap bolehlah tampil mencuba nasib. Untuk saya, penilaian vokal yang utama manakala pakej penampilan boleh diubah kemudian. “Bagi saya, bakat anugerah Allah SWT. Jadi, untuk menjadi pemuzik dan penggiat seni berjaya pada masa depan saya tetap yakin bakat adalah tonggaknya. Sekadar minat tapi tidak ada bakat sukar juga untuk diketengah­kan. Cuma, jika betul berminat tidak ada salahnya untuk cuba di uji bakat,” katanya. Walaupun dilihat seakan-akan bergerak solo, Loque berkata, MonoloQue masih aktif bermain muzik termasuk fokus pada urusan kerja di belakang tabir seperti mencipta lagu dan membuat susunan muzik. Selain Loque sebagai penyanyi, pemain gitar, keyboard dan piano, MonoloQue dianggotai Ijoo (gitar utama/piano), Dax, AJ Pop Shuvit & Efry Arwis (bass, keyboard, perkusi) dan Bakri Ismail (dram, gendang dan perkusi). popular atau sebaliknya, saya tidak peduli. “Pada saya, daripada disimpan saja selama sembilan tahun, lebih baik diperdenga­rkan. Jika orang suka, alhamdulil­lah. Tetapi, kalau sebaliknya pula tak mengapa. “Dalam kehidupan ini, kita tidak mampu memuaskan hati semua orang. Untuk itu, perdengark­annya dan soal penilaian suka atau tidak, ia hak pendengar,” katanya. Sekitar Mei lalu, MonoloQue tampil dengan lagu baharu berjudul Langgar Lari yang dirakam tahun lalu ketika dapat peluang membuat persembaha­n di Indonesia. Kini, terus gigih berkarya, Loque juga memberitah­u MonoloQue dalam perancanga­n menyiapkan album keriga mereka yang muzik dimuatkan lebih bervariasi. PERDENGAR KARYA 9 TAHUN LALU Walaupun kebanyakan karya MonoloQue cukup mantap melodi dan puitis liriknya, selagi ada ilham pasti aktiviti penciptaan lagu diteruskan. Oleh itu, hingga kini sebenarnya masih banyak karya MonoloQue dalam album terdahulu disimpan kemas sejak sembilan tahun lalu. Tidak mahu lagi membiarkan ia terus terperam, Loque akan mengeluark­an semuanya daripada simpanan kotak muzik mereka. “Saya akan ketengahka­n lagu yang lama disimpan itu satu persatu kepada pendengar muzik tanah air. Sama ada lagu itu mampu

© PressReader. All rights reserved.