Harian Metro : 2019-07-12

Rap : 45 : 45

Rap

| harian metro jumaat 45 rap 12 JULAI 2019 Adelaide. Peminat juga memberikan respons yang baik dan ramai yang ingin ikut serta ke sana. “Memang ada rasa berdebar sebab membuat persembaha­n di negara orang dan pemilihan oleh penganjur juga penghormat­an kepada saya,” katanya. Berita gembira itu dikongsika­n Siti menerusi Instagram miliknya minggu lalu. “Kepada peminat saya, Sitizoners, di mana sahaja anda berada jom kita ke Adelaide. Kepada peminat di Asutralia, inilah masanya anda bertemu saya. Jumpa di Adelaide Oktober nanti,” tulis Siti. muncul dengan album mini. “Saya sudah ada satu lagu baharu yang belum dirakam. Saya merancang menerbitka­nnya sebagai single terbaharu nanti. Selain itu, saya sedang mencari dua lagi lagu untuk dimuatkan dalam album mini,” katanya. seram dan seperti berhantu. Kalau untuk filem, saya pernah menyanyika­n beberapa lagu tema. Tapi kalau filem seram, ini kali pertama. “Apabila Aubrey beri lagu ini dan saya dengar, bahagian ‘verse’ saja sudah seram. Petikan piano dalam lagu ini membangkit­kan ‘mood’ seram. Jadi, saya cuba menghayati dari segi nyanyian dan lrik lagu ini. “Jika dihayati, lagu ini seperti merayu, berdendam dan pada masa sama rasa kesedihan. Sebab itu, boleh dengar saya punya nafas merintih sikit,” katanya. Ditanya mungkinkah lagu ini bakal menjadi pengukur buat lagu filem seram, Siti berkata, ia bergantung kepada penerimaan orang ramai. “Sebenarnya apabila lagu pergi seiring dengan filem, baru orang akan rasa. Macam sekarang, lagu keluar dulu dan filem akan menyusul. “Harapnya apabila lagu ini dikeluarka­n dulu orang akan dengar dan meresap. Jadi, penonton yang menonton filem nanti lagi bertambah ‘berhantu’. Semoga strategi ini menjadi sebagaiman­a dirancang Aubrey dan penerbit filem ini,” katanya. Pada masa sama, Siti berkongsi dia juga bakal Lagu hantu Dalam perkembang­an lain, Siti muncul dengan single terbaharu, Kasihku Selamanya yang juga menjadi runut bunyi filem Dendam Pontianak lakonan Nur Fazura, Remy Ishak dan Hisyam Hamid. Lagu yang baharu dilancarka­n itu adalah ciptaan Aubrey Suwito dan lirik oleh AD Samad dan menjadi lagu pertama Siti untuk filem seram. “Lagu ini saya sudah rakam lama. Ini lagu yang kalau dinyanyika­n berasa

© PressReader. All rights reserved.