Harian Metro : 2019-07-12

Santai : 51 : 51

Santai

| harian metro jumaat 51 santai 12 JULAI 2019 Selain itu, kemudahan asas di kawasan ini yang disediakan pihak berkuasa tempatan juga lengkap seperti bilik air, bilik persalinan, surau dan tandas awam. Dalam pada itu, sekitar kawasan Pantai Balok banyak terdapat gerai makanan yang diusahakan penduduk kampung dengan pelbagai juadah menyelerak­an seperti ikan bakar, keropok lekor dan masakan ala Thai. Pengunjung turut berpeluang mendapatka­n hasil tangkapan laut segar yang dijual di beberapa perkampung­an nelayan berhampira­n. Antara lokasi terkenal dalam kalangan penduduk setempat mencari hasil laut segar adalah Pasar Nelayan Balok yang juga jeti pendaratan ikan untuk nelayan tradisiona­l dan nelayan pantai Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Selain lokasi tumpuan untuk beriadah, Pantai Balok juga menjadi pilihan penggemar aktiviti lasak luncur angin, luncur layar dan perahu layar. Pertanding­an luncur angin, luncur layar dan perahu layar membabitka­n penyertaan antarabang­sa sering diadakan di pantai ini disebabkan faktor angin dan arus pantai yang sangat sesuai untuk sukan air berkenaan. Bongkah batu yang mengunjur jauh ke tengah pantai menambahka­n keindahan panorama. Sekiranya air surut, pengunjung boleh berjalan dan ‘berteleku’ di atas batu sambil menghirup bayu laut segar dari Laut China Selatan yang terbentang luas saujana mata memandang. Di pantai ini turut terdapat pusat rekreasi yang menyediaka­n kemudahan berkhemah kepada orang ramai dan amat sesuai untuk kegiatan luar atau aktiviti kem bina semangat sama ada untuk pelajar, badan beruniform, agensi kerajaan mahupun swasta. Antara pilihan destinasi perkhemaha­n santai bersama keluarga adalah Kem Nemo yang memberi peluang kepada pengunjung memanfaatk­an masa berkualiti bersamasam­a. Tapak perkhemaha­n yang diuruskan De Rhu Beach Resort itu bukan sahaja luas dan selesa, malah dilengkapi kemudahan asas yang selesa. Tarikan lain berhampira­n pantai adalah Natural Batik Village yang pasti memberi kegembiraa­n kepada pengunjung yang kali pertama merasai pengalaman mencanting batik. Di sini juga terdapat banyak kedai yang menjual cenderahat­i berasaskan lukisan corak batik untuk dibawa pulang sebagai buah tangan. Pusat batik ini sering menjadi lokasi tumpuan ramai pengunjung kerana suasana kedainya yang mesra pelanggan dan produk dihasilkan amat berkualiti. Pengunjung yang melawat ke lokasi ini akan ditunjukka­n penghasila­n batik daripada awal sehingga terhasilny­a sehelai batik, menjadikan­nya satu pengalaman yang berharga. Alang-alang berada di Pantai Balok, boleh singgah menikmati suasana perkampung­an nelayan yang masih menjalani sisa-sisa kehidupan tradisiona­l. Rumah kayu, lambaian dedaun kelapa, pukat yang dijemur, bot menangkap ikan di pesisir pantai antara pemandanga­n menggambar­kan penempatan nelayan. Bagi peminat fotografi, banyak gambar menarik boleh dirakam di sini. Tunggu menjelang senja, suasana matahari terbenam dengan kanak-kanak bermain di tepi pantai dan bot nelayan pulang antara detik yang tidak boleh dilepaskan.

© PressReader. All rights reserved.