Harian Metro : 2019-07-12

Hati : 57 : 57

Hati

| harian metro jumaat 57 hati 12 julai 2019 INFO Konflik biasa antara besan: Rasa tidak puas hati giliran pulang beraya Sikap besan yang terlalu cerewet Besan yang suka mencampuri urusan rumah tangga anak Mempunyai budaya keluarga yang berbeza dan sukar beralah Sukar menerima corak kehidupan keluarga besan Tip membina hubungan yang rapat dengan besan: 1. Sampaikan perkara yang baik-baik sesama besan. 2. Berikan buah tangan setiap kali anak menantu pulang ke rumah besan anda. 3. Belajar memahami perbezaan terutama mengenai soal budaya dan latar belakang selagi ia tidak bercanggah dengan agama. 4. Belajar menerima besan anda seikhlas hati, terima setiap kekurangan dan kelebihan mereka. 5. Bertolak ansur demi kebahagiaa­n anak menantu. 6. Sesekali boleh keluar bercuti bersama atau tidak salah menghubung­i besan anda untuk bertanya khabar. 7. Jangan sesekali membanding­kan antara anak sendiri dengan menantu dan bersama-sama berusaha membantu sekiranya anak-anak di dalam kesusahan. walhal ia sebenarnya antara kunci utama keutuhan rumah tangga anak. “Umum mengetahui besan adalah hubungan yang terjalin antara ibu bapa sendiri dengan ibu bapa mentua selepas berlakunya perkahwina­n. Apabila sepasang suami isteri itu berkahwin secara tidak langsung kita sudah mempunyai dua ibu bapa yang perlu diutamakan. “Bagi membina kebahagiaa­n berpanjang­an, pasangan suami isteri itu sendiri bukan hanya perlu memikirkan mengenai hubungan mereka berdua namun lebih utama adalah menyatupad­ukan ibu bapa sendiri dan ibu bapa mentua untuk mendapatka­n keluarga yang lebih bahagia dan dirahmati,” katanya. Menurutnya, sangat menyedihka­n apabila ramai pasangan yang langsung tidak mempedulik­an hubungan itu dan menganggap ia bukanlah sesuatu yang terlalu penting. “Bukan kepada pasangan yang berkahwin itu saja malah ibu bapa sendiri perlulah berusaha sebaik mungkin dalam membina hubungan yang baik dengan besan bagi membantu kebahagiaa­n rumah tangga anak. “Kepada anak, tidak salah membawa kedua-dua ibu bapa masing-masing keluar makan sekali atau bercuti bersama-sama bagi mendapatka­n keserasian kerana bukan mudah sebenarnya untuk mereka menyayangi dan menerima orang baru dengan sepenuh hati. Ibu bapa pula janganlah bersikap sombong, bukalah hati anda untuk membina hubungan erat dengan besan dan seluruh keluargany­a,” ujarnya. Katanya, paling utama adalah aspek komunikasi kerana masyarakat kini kebanyakan­nya memilih untuk kurang berkomunik­asi yang akhirnya memburukka­n lagi keadaan. apabila anak serta menantu tidak menyambut hari raya pertama di rumah mereka. “Walhal perkara itu bukanlah satu masalah yang terlalu serius sekiranya ada komunikasi dua hala dan hubungan yang baik di antara besan, ini adalah soal bertimbang rasa, mungkin tahun ini anak menantu beraya di rumah besan dan tahun depan mereka akan beraya di rumah anda, kebiasaann­ya masalah ini akan terjadi kepada besan yang tidak mempunyai hubungan baik,” katanya. Menurutnya, masalah kedua adalah personalit­i atau sikap besan yang terlalu cerewet serta gemar mencampuri urusan rumah tangga anak-anak. “Cara terbaik adalah dengan mengalah, sekiranya anda ditakdirka­n mempunyai besan yang sebegitu anggaplah ia antara dugaan untuk diri anda serta cubalah untuk terus berkelakua­n baik walaupun sukar. “Namun sekiranya besan anda menunjukka­n tindakan melampau dengan suka campur tangan urusan rumah tangga anak, anda boleh menegur dengan cuba berkomunik­asi dengan lembut, jelaskan kepada mereka hal rumah tangga anak tidak perlu diganggu sekiranya ia adalah sesuatu yang normal,” ujarnya. Kata Zumasni, selain itu, adat dan budaya yang berbeza juga turut mempengaru­hi hubungan antara besan serta boleh mendatangk­an masalah. “Ia biasanya berpunca daripada keluarga besan yang berlainan negeri dan latar belakang tetapi ia boleh diubah dan dibiasakan. Mula-mula mungkin agak sukar tetapi kita perlu memberi masa kepada menantu untuk membiasaka­n diri dengan kehidupan keluarga barunya. Ia juga secara tidak langsung memberi ruang kepada besan untuk memahami budaya hidup keluarga anda. “Disebabkan itu saya katakan semuanya boleh diatasi asalkan masingmasi­ng memainkan peranan sebaiknya, tidak kiralah anak atau menantu, ibu sendiri atau ibu mentua semuanya perlu bersamasam­a dalam membina hubungan yang baik antara besan,” katanya. Zumasni berkata, kembalilah kepada matlamat asal sebuah perkahwina­n dalam menuju ke syurga bersama-sama dan atas sebab itu cubalah bersatu demi kebahagiaa­n semua pihak terutama anak yang berkahwin. MASALAH UTAMA ANTARA BESAN Menurut Zumasni, berdasarka­n pemerhatia­nnya terdapat beberapa konflik yang sering terjadi di antara besan dan akhirnya turut memberi pengaruh kepada rumah tangga anak. “Konflik pertama adalah rasa tidak puas hati terutama menjelang musim perayaan atau ketika berkunjung ke rumah anak. Disebabkan tidak mempunyai hubungan yang baik antara besan menyebabka­n ada di antara mereka yang mula marah zumasni

© PressReader. All rights reserved.