Harian Metro : 2019-07-12

Hati : 60 : 60

Hati

| harian metro JUMAAT 60 hati 12 julai 2019 “Hakikatnya, walaupun ramai yang beranggapa­n kecantikan bukanlah perkara utama yang perlu difikirkan lagi, ia sedikit sebanyak mempengaru­hi emosi anda sekali gus memberikan kesihatan diri yang lebih baik,” katanya. Aziemah berkata, sesuaikan penampilan diri dengan usia dan jangan terjerat menjadi mangsa fesyen kerana terlalu mahu cantik. “Cantik pada usia yang semakin meningkat ini tidak hanya menjurus kepada kecantikan luaran sematamata kerana ia lebih kepada kecantikan dalaman dan kesihatan. Siti Nadirah Hafidzin [email protected] Usia tidak menjadi penghalang untuk mana-mana wanita tampil cantik dan berkeyakin­an. Mungkin ramai yang berasa rendah diri apabila usia semakin meningkat. Mana tidaknya wajah sudah menunjukka­n tandatanda penuaan, kulit mula kendur manakala badan mudah berasa sakit-sakit. Walaupun semakin dimamah usia, tanyalah kepada mana-mana wanita, semua masih mahukan penampilan diri yang kemas dan sedap mata memandang. Menurut perunding kecantikan bertauliah Aziemah Farid, setiap wanita mentafsirk­an makna cantik mengikut pandangan masing-masing, namun pada mereka yang sudah semakin berusia mungkin ramai yang bersetuju kecantikan sebenar itu lebih pada kesihatan dan kekemasan diri. “Ramai wanita amat menitikber­atkan aspek kecantikan diri ketika usia muda namun ia semakin dilupakan seiring peningkata­n usia. dengan banyakkan membaca bahan bacaan bermanfaat dan berilmu, ikuti kelas agama atau kemahiran lain. Sesuaikan penampilan diri dengan usia Walaupun anda suka mencuba pelbagai gaya tetapi pada usia ini anda perlu menjadi lebih sensitif supaya tidak menjadi mangsa fesyen. Sesekali, buat pelaburan mengikut kemampuan dengan membeli pakaian yang boleh menampakka­n anda segar dan bergaya. Jika ada duit, tidak salah membeli pakaian berjenama. Serlahkan keyakinan, lengkapkan penampilan dan jaga kesihatan diri

© PressReader. All rights reserved.