Harian Metro : 2019-07-12

Klassified­s : 70 : C70

Klassified­s

C70 HM1klassif­ieds JUMAAT, 12 JULAI 2019 Bercutilah dengan aman Tiket penerbanga­n sudah dibeli enam bulan lalu. Destinasi akan dikunjungi dan tempat menarik akan dilawati juga sudah disenaraik­an. luar negara. membolehka­n anda membuat persiapan mental dan fizikal. Lebih menarik, tiket pengangkut­an awam sepanjang berada di destinasi juga sudah dibeli. Pendek kata, hanya menunggu waktu untuk ke destinasi pelanconga­n diidamkan itu. Namun, walaupun selepas merancang dengan teliti ada beberapa perkara yang terlepas pandang terutama perkara tidak diduga. Puas meneliti tempat menarik yang akan dikunjungi, mungkin anda tidak pernah terfikir mengenai pencarian makanan halal di destinasi terutama menjejak kaki ke negara yang sukar untuk dapatkan barangan halal. Bahasa pula menjadi halangan untuk berkomunik­asi dengan baik kerana sesetengah negara tidak menguasai Bahasa Inggeris sepenuhnya. Keadaan ini pastinya memberikan kesukaran sepanjang berada di destinasi walaupun perancanga­n awal sudah dilakukan dengan sebaiknya. Justeru, bagi mengelak segala apa yang dirancang dan menjanjika­n keseronoka­n bertukar sebaliknya, berusahala­h mendapatka­n maklumat ketika berkunjung ke sesebuah negara walaupun dalam waktu singkat. Bagi memudahkan percutian anda, tip melancong minggu ini boleh digunakan sebelum dan ketika berada di menjalinka­n interaksi sosial dengan masyarakat tempatan apabila pelancong memahami budaya setempat. Usah segan bertanya sama ada kepada pemandu teksi, pemandu pelancong atau pekerja hotel kerana apabila anda memulakan suatu perbualan, bukan saja maklumat yang diperoleh mungkin sedikit bantuan turut diberi. 1 Dapatkan banyak maklumat. 3 Dapatkan bahan bacaan tambahan. Cari lebih banyak maklumat mengenai negara yang dituju dan bukan hanya sekadar lokasi menarik, hotel atau pengangkut­an yang boleh digunakan saat berada di sana. Lokasi menjamu selera dan kedai atau hypemarket yang menjual barangan halal jika ingin memasak makanan sendiri adalah sangat utama. Mengetahui klinik berdekatan dari hotel yang akan diduduki atau mungkin bank juga perlu lebih-lebih lagi jika ada hal kecemasan. Bahan bacaan tambahan seperti peta, buku dan ensikloped­ia dapat menerangka­n dengan lebih lanjut mengenai sosial, budaya, jaringan jalan raya, pengangkut­an serta perkara berkaitan. Tidak salah rasanya jika anda luangkan masa dengan mengunjung­i perpustaka­an atau ke kaunter pelanconga­n dan bersedia dengan pelbagai soalan yang mungkin dapat membantu perjalanan anda. Secara tidak langsung, anda bukan saja dapat bercuti atau melancong di negara terbabit, tetapi turut mengenali negara itu dengan lebih dekat. Dengan kelebihan itu, percutian anda akan lebih bermakna dan menyeronok­kan. 5 Berseronok dan hayati keindahan ditawarkan. Dengan perancanga­n awal, pembacaan dan peluang berinterak­si dengan masyarakat setempat, percutian anda pastinya lebih menyeronok­kan dan meninggalk­an kenangan terindah. Pembacaan dari maklumat yang dicari sebelum ini membuatkan anda lebih memahami keadaan di negara yang dikunjungi dan lokasi menarik yang dilawati. Dengan itu, pemahaman anda terhadap lokasi yang dilawati akan membuatkan anda seperti pernah mengunjung­inya sebelum ini dan perasaan ingin tahu itu akan semakin membuak-buak. Percutian anda juga pastinya akan lebih seronok. Selamat bercuti! 2 Tonton televisyen, membaca surat khabar serta majalah. Dengan menonton televisyen, membaca surat khabar serta majalah, anda akan mengetahui situasi di negara terbabit dengan lebih jelas apatah lagi jika menonton berita, hal berkaitan rusuhan dan bencana alam dapat diketahui dengan pantas. Majalah turut memainkan peranan kerana banyak majalah di pasaran tempatan memaparkan maklumat mengenai luar negara sekali gus 4 Berinterak­si dengan masyarakat tempatan. Bunyinya agak pelik, tetapi membantu pelancong yang tersesat. Hasil daripada bacaan dan pemahaman, anda dapat

© PressReader. All rights reserved.