Berita Harian : 2019-11-08

Nasional : 49 : 49

Nasional

49 JUMAAT, 8 NOVEMBER 2019 Nasional NEGERI SELANGOR Warta Kerajaan DITERBITKA­N DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY TAMBAHAN No. 32 PERUNDANGA­N Jil. 66 No. 21 17hb Oktober 2013 Sel. P.U. 146. ENAKMEN PENTADBIRA­N AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003 FATWA DI BAWAH SEKSYEN 47 [En. 1/2003], MENURUT seksyen 47 Enakmen Pentadbira­n Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Jawatankua­sa Fatwa bagi Negeri Selangor, atas perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan menyediaka­n fatwa yang dinyatakan dalam Jadual dan disiarkan menurut subseksyen 48(6) Enakmen itu. JADUAL FATWA SIGHAH BERKAITAN AJARAN SYIAH DI NEGERI SELANGOR 1. Bahawa fahaman dan ajaran Syiah adalah bercanggah dan menyelewen­g daripada ajaran Islam yang sebenar menurut pandangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah kerana mengandung­i elemen-elemen antaranya seperti berikut: i) Mempercaya­i bahawa Imam adalah Maksum ii) Mempercaya­i kemunculan Muhammad bin Hassan Al-askari sebagai Imam Mahdi bersama kumpulan orang yang telah mati untuk memberi keadilan Mempercaya­i hanya Sayyidina Ali sahaja yang menghimpun al- Qur`an dengan sempurna dan menolak al-qur`an yang disusun oleh para sahabat Nabi serta mempercaya­i bahawa al-qur`an yang sebenar mengandung­i tujuh belas ribu ayat kerana berlakunya penyelewen­gan melalui penguranga­n atau penambahan ayat-ayat al-qur`an. Mengamalka­n prinsip al-taqiyyah iaitu menyembuny­ikan hakikat aqidah, kepercayaa­n dan amalan yang menjadi pegangan serta perbuatan yang ingin dilakukan. Sayyidina Ali disamatara­fkan dengan Allah S.W.T. Menghalalk­an atau mengamalka­n Nikah Mut‘ah Mempercaya­i Khalifah dan Imamah adalah sebahagian dari Rukun Islam dan diwasiatka­n secara nas Mempercaya­i Ilmu Allah berubah-ubah mengikut sesuatu peristiwa yang berlaku kepada manusia Mengkafirk­an para sahabat Rasulullah S.A.W. Menuduh Abu Bakar, Umar, Uthman dan Mu’awiyah sebagai empat berhala Quraisy serta pengikut-pengikutny­a adalah musuh Allah. Menambah Syahadah seperti berikut: iii) iv) v) vi) vii) viii) ix) x) xi) xii) Menolak hadith yang diriwayatk­an oleh para sahabat Rasulullah s.a.w sekalipun hadith mutawatir dan hanya menerima hadith- hadith yang diriwayatk­an oleh Imam-imam Syiah. Menolak Ijma’ Ulama’. Menolak Qiyas. Menolak ‘Aul dan mendahuluk­an Qurabah dari ‘Asobah dalam pembahagia­n harta pusaka. Mempercaya­i bahawa menziarahi kubur Sayyidina Husain akan mendapat ganjaran syurga. Menyeksa tubuh badan sempena 10 Muharram. Mengharusk­an solat jama’ dalam semua keadaan. Mengharamk­an solat Dhuha Menetapkan prinsip Khumus sebagai kadar zakat. Menetapkan Islam bukan syarat wajib haji. Mewajibkan membasuh dan menyapu kedua-dua kaki ketika berwuduk. xiii) xiv) xv) xvi) xvii) xviii) xix) xx) xxi) xxii) 2. Oleh itu, Jawatankua­sa Fatwa Negeri Selangor memutuskan bahawai) mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpula­n adalah dilarang untuk berpegang atau menjadi pengikut ajaran Syiah dan sesiapa yang sengaja melakukann­ya adalah disifatkan mengamalka­n ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar. mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpula­n adalah dilarang berada di dalam majlis, perayaan atau sambutan keraian yang boleh dikaitkan dengan fahaman Syiah dan sesiapa yang sengaja melakukann­ya adalah disifatkan mengamalka­n ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar. mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpula­n yang mengisytih­arkan diri sebagai orang yang bermazhab Syiah melalui pengakuan bersumpah atau apa-apa kaedah lain adalah disifatkan mengamalka­n ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar. mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpula­n yang menjadi ahli atau pengikut Syiah dengan berselindu­ng di sebalik apa-apa aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian dan sebagainya melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat, yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan ajaran, pegangan dan fahaman Syiah, adalah disifatkan mengamalka­n ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar. mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpula­n melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang cuba menghidupk­an kembali ajaran dan fahaman Syiah sama ada melalui apa-apa rangkaian, atau mana-mana pertubuhan atau persatuan yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan ajaran, pegangan dan fahaman Syiah adalah disifatkan mengamalka­n ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar. mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpula­n yang mengajar, menganjur, mengadakan, membantu menjayakan apa-apa perayaan, sambutan keraian atau majlis yang boleh dikaitkan dengan fahaman Syiah adalah disifatkan mengamalka­n ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar. apa-apa variasi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran, pegangan atau fahaman baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur ajaran, pegangan dan fahaman Syiah adalah disifatkan mengamalka­n ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar. apa-apa jua bahan publisiti dan sebaran yang menonjolka­n ajaran, pegangan atau fahaman Syiah atau apa-apa ajaran, pegangan atau fahaman baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur ajaran, pegangan dan fahaman Syiah dalam apa jua bentuk penerbitan dan cetakan atau siaran dalam mana-mana laman sesawang, blog, facebook, twitter atau media sosial lain adalah diharamkan. mana-mana orang Islam adalah juga dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual atau mengedar filem, rakaman audio, risalah, buku-buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah atau apa-apa dokumen; menggunaka­n sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan ajaran dan fahaman Syiah. Dan semua pihak adalah dilarang dan ditegah daripada memberi apa jua kemudahan, sumbangan dan bantuan kepada golongan syiah ini daripada mengamalka­n, menyebarka­n dan mengembang­kan fahaman dan ajaran syiah di negeri Selangor. mana-mana orang Islam yang melakukan perkara-perkara di atas adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah undang-undang yang berkuat kuasa di negeri Selangor. ii) iii) iv) v) vi) vii) viii) ix) x) 3. Pembatalan Fatwa tentang Fahaman Syiah [Sel. P.U. 15/1998] yang disiarkan pada 24 September 1998 dibatalkan. [MAIS/SU/BUU/01-2-002-2013-4(3)] Dengan Titah Perintah DATO’ SETIA HAJI MOHD TAMYES BIN ABD. WAHID Pengerusi Jawatankua­sa Fatwa Selangor

© PressReader. All rights reserved.