Berita Harian : 2019-11-08

Hip : 61 : 61

Hip

61 JUMAAT, 8 NOVEMBER 2019 Hip Sumpah beri saingan hebat “Kami kena pastikan lagu diberikan kepada penyanyi yang betul supaya tidak disia-siakan. Jika sudah diserahkan kepada penyanyi, kami tidak boleh ambil balik lagu itu,” kata Amylea. Demi menjaga kualiti dan tidak mahu menanggung risiko, Amylea menegaskan, mereka cuba mengelak daripada bekerja dengan artis bermasalah. “Perkara pertama yang akan kami lihat sebelum bekerjasam­a adalah perilaku dan disiplin penyanyi. Jika dia ada masalah dari segi itu, tidak kisah penyanyi baharu atau lama, kami cuba mengelak. “Kami tidak mahu produk itu nanti berdepan masalah apabila penyanyi terbabit buat hal seperti enggan menjalanka­n promosi dan sebagainya. “Daripada berdepan tekanan yang tidak perlu, lebih baik kami mencegahny­a daripada awal,” katanya ketika ditemui pada sidang media pengumuman 30 lagu yang layak menyertai SFMM34, kelmarin. SFMM34 bakal bersiaran setiap Jumaat selama tiga minggu berturut-turut, bermula 15 November ini. Mendengar melodi dan cara penyampaia­n keempat-empat lagu yang dipertandi­ngkan, tidak dinafikan, ia mempunyai persamaan antara satu sama lain, meskipun menampilka­n penyanyi berbeza. Mengulas perkara itu, Farouk berkata, memandangk­an lagu dihasilkan untuk runut bunyi drama, setiap penyanyi perlu mengikut penghayata­n dan menterjema­hkan emosi, bersesuaia­n dengan jalan cerita produksi terbabit. “Setiap lagu yang dihasilkan berdasarka­n skrip drama yang diberikan. Selepas proses menghasilk­an lirik selesai, saya akan minta Amylea menyanyika­n demo lagu. “Dari situ, kita akan menilai penghayata­n bagaimana untuk disesuaika­n dengan mood lagu itu. Penyanyi akan membawakan lagu itu berdasarka­n penghayata­n dan gaya penyampaia­n ditetapkan. “Tetapi, bukan meniru bulatbuat, terutama dari segi vokal,” kata bekas anggota kumpulan Roman itu. Ditanya komposer yang bakal memberi saingan, Farouk dan Amylea sepakat meletakkan nyanyian Naim Daniel sebagai pencabar utama. “Lagu itu mempunyai pakej lengkap. Selain melodinya yang indah, susunan muzik berkualiti dan nyanyian Naim juga sedap. “Lagu itu kami lihat mempunyai potensi besar dan mampu memberi persaingan sengit,” katanya. Sementara itu, Megat yang kali pertama bersaing menyifatka­n, ia sebagai tanggungja­wab besar untuk memastikan lagu itu layak ke peringkat seterusnya. “Saya sangat teruja apabila berjaya ke peringkat Separuh Akhir, pada masa sama, takut. Bagi memastikan semuanya berjalan dengan lancar, saya akan berlatih di bawah pengawasan Amylea dan Farouk. “Kami akan memperbany­akkan latihan, terutama untuk memastikan nyanyian saya mencapai nota yang tepat. Saya berjanji untuk memberikan yang terbaik dan tidak akan memalukan mereka,” ikrarnya. Dalam perkembang­an lain, Amylea dan Farouk juga akan kembali dengan buah tangan terbaru yang bakal melatari drama rantaian, gandingan hebat Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32, Mira Filzah dan Ungku Ismail Aziz. “Kami menghasilk­an empat lagu untuk drama itu, selain akan bekerja dengan penyanyi hebat seperti Judika. Projek ini turut menampilka­n peserta musim kedua, Adzrin dan Dinda Permata. “Saya juga akan kembali berpadu suara dengan Kaer dan kali ini, genrenya lebih terarah kepada R&B. Selama ini, Farouk lebih dikenali dengan lagu balada dan kali ini, kami cuba mencari sisi berbeza dirinya sebagai komposer,” kata Amylea. Bakal dipancarka­n secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, SFMM34 turut diserikan kemunculan bintang berpengala­man seperti Ramlah Ram, Nora, Datuk Hattan, Zamani dan kumpulan Shades. Ia menampilka­n Sherry Al-hadad dan Haziq Hussni sebagai pengacara. Perkara pertama yang akan kami lihat sebelum bekerjasam­a adalah perilaku dan disiplin penyanyi. Jika dia ada masalah dari segi itu, tidak kisah penyanyi baharu atau lama, kami cuba mengelak. Kami tidak mahu produk itu nanti berdepan masalah. Big Stage Sumpah Amylea Azizan, Penyanyi / komposer Tetap Kamu Adellea Sofea, Minggu Pertama 15 November 2019 Drama » (Aepul Roza, Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir, Nik Adib / Drama Band) » (Tukang Musik, Kadok / Ara Johari, Shasha / Ara Johari) (Farouk Roman / Minggu Ketiga 23 November 2019 Paku Tiada Dirimu » Amylea) Mencuba » (Sufian Suhami, Zynakal / Sufian Suhami) » (Khai Bahar / Khai Bahar, Patrock Anohada / Khai Bahar) » (Kanda & Dinda, Iman Imran / Siti Nordiana & Khai Bahar) Minggu Kedua 22 November 2019 123 Satukan Rasa Anta Permana » (Hael Husaini, Ezra Kong / Datuk Seri Siti Nurhaliza) (Hang Nadim, Laq / Terlalu Memuja » (Sharon Paul, Gouffran / Ahmad Fedtri Yahya Rampas »

© PressReader. All rights reserved.