Berita Harian : 2019-11-08

Dunia : 65 : 65

Dunia

65 JUMAAT, 8 NOVEMBER 2019 Dunia Pendengara­n awam Trump minggu depan Washington: yang lain mahukannya dipecat ketika mereka menjalanka­n dasar Ukraine di luar saluran diplomatik tradisiona­l. Beliau dijangka memberi keterangan Jumaat depan. Schiff sudah mula mengedarka­n transkrip keterangan saksi persendiri­an namun dipercayai secara meluas, kemunculan tiga individu disebutkan di atas dalam pendengara­n awam mungkin memberi impak dramatik terhadap rakyat AS. AFP “Orang ramai berupaya mengetahui sejauh mana Presiden menyenarai­kan seluruh jabatan kerajaan dalam matlamat sulit demi memastikan Ukraine melakukan tugas kotor ke atas lawan politiknya,” kata Schiff. Dalam keterangan tertutup, Taylor mengukuhka­n tuduhan utama terhadap Trump bahawa pemimpin AS itu menyalahgu­nakan kuasanya dengan menahan bantuan ketenteraa­n sekali gus mengugut Kiev supaya melancarka­n siasatan yang boleh membantuny­a dari segi politik. Kent, yang mengetuai biro Eropah dan Euroasia di Jabatan Negara, menyuaraka­n kebimbanga­n berhubung usaha Rumah Putih menyingkir­kan Duta Ukraine ketika itu, Marie Yovanovitc­h. Yovanovitc­h sendiri memberitah­u penyiasat, beliau disingkirk­an kerana peguam peribadi Trump, Rudy Giuliani dan Perbicaraa­n pendakwaan terbuka pertama terhadap Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump akan bermula minggu depan, kata anggota Kongres yang mengetuai siasatan kelmarin. Diplomat atasan AS ke Ukraine, William Taylor dan Timbalan Penolong Setiausaha Negara, George Kent bakal memberi keterangan Rabu depan, kata Pengerusi Jawatankua­sa Perisikan Kongres, Adam Schiff.

© PressReader. All rights reserved.