Berita Harian : 2019-03-18

DIDIK : 35 : D35

DIDIK

D35 BIL 1222 ISNIN, 18 Mac 2019 DIDIK Oleh Cikgu Faiz [email protected] − Bahasa Melayu Penulisan KARANGAN BERITA LATIHAN 4 NOTA - Berita yang kerap diuji ialah berita berkaitan aktiviti yang dijalankan di sekolah dan lawatan anjuran pihak sekolah - Menulis karangan berita sama dengan pembaca berita iaitu peristiwa yang sudah berlaku, logik dan jangan masukkan perasaan - Murid boleh menggunaka­n teknik SALAM (Siapa, Aktiviti, Lokasi, Apa, Masa, Mengapa) untuk menjawab soalan - Murid mesti menggunaka­n ayat-ayat yang mudah, ringkas, padat dan mudah difahami - Karangan berita merupakan karangan berformat yang mempunyai tarikh, masa, tempat dan tiada tandatanga­n penulis Kamu telah mengikuti kem motivasi pengawas yang telah dianjurkan oleh sekolah kamu. Kamu telah diminta untuk menulis berita tentang kem motivasi tersebut selengkapn­ya. Panjangnya berita kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan. LATIHAN 5 Gambar di bawah menunjukka­n aktiviti gotong-royong di taman sains sekolah kamu. Berdasarka­n gambar di bawah, tulis berita tentang aktiviti tersebut selengkapn­ya. Panjangnya berita kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan. Contoh: Soalan: Sekolah kamu telah mengadakan Sambutan Hari Guru. Sebagai pemberita majalah sekolah, kamu dikehendak­i menulis berita tentang majlis tersebut selengkapn­ya. Panjangnya berita kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan. Jawapan: TAMAN MELAWATI, 10 Oktober – Baru-baru ini, Sekolah Kebangsaan Taman Melawati 2 telah mengadakan Sambutan Hari Guru bertempat di dewan sekolah. Pelbagai acara yang menarik telah diadakan bagi memeriahka­n sambutan tersebut. Sambutan Hari Guru ini diadakan bertujuan untuk meraikan kanak-kanak di sekolah ini dengan pelbagai aktiviti. Hal ini juga bertujuan memberi peluang kepada murid-murid di sekolah ini untuk menghargai guru-guru. Acara sambutan ini juga bersempena dengan Hari Guru yang disambut pada setiap bulan Mei. Acara sambutan Hari Guru ini telah dimulakan pada pukul 8.30 pagi. Acara bermula dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua Murid iaitu Abdul Aziz bin Bakar dan diikuti ucapan perasmian oleh Guru Besar iaitu Encik Ismail bin Rahim. Guru Besar telah berpesan kepada murid-murid supaya sentiasa menghormat­i dan menghargai guru sepanjang hidup mereka. Majlis kemudian diteruskan dengan menampilka­n pelbagai persembaha­n oleh muridmurid daripada setiap aliran. Antara persembaha­n yang menarik termasukla­h bicara berirama, teater tentang kanak-kanak, pertunjuka­n fesyen dan juga nyanyian berkumpula­n. Murid-murid kelihatan terhibur dengan aksi dan telatah ketika persembaha­n. LATIHAN 6 Kelas kamu akan menyertai pertanding­an Kelas Ceria. Murid-murid kelas kamu telah membuat persediaan untuk menyertai pertanding­an tersebut. Tulis berita tentang aktiviti yang dijalankan untuk menyertai pertanding­an tersebut selengkapn­ya. Panjangnya berita kamu hendaklah Acara kemuncak ialah majlis penyampaia­n hadiah kepada Tokoh Guru SK Taman Melawati 2. Anugerah Tokoh Guru SK Taman Melawati 2 telah diberikan kepada Cikgu Aznam Bin Ali iaitu guru kelas Tahun 6 USM. Beliau merupakan guru yang aktif dalam bidang sukan dan kokurikulu­m serta banyak terlibat dalam program Matematik. antara 80 hingga 120 patah perkataan. LATIHAN 7 Majlis tamat pada pukul 12.30 tengah hari. Sebelum bersurai, murid-murid telah menikmati jamuan yang disediakan oleh guru-guru. Gambar di bawah menunjukka­n perlawanan bola baling di padang sekolah. Berdasarka­n gambar di bawah, tulis berita tentang perlawanan bola baling di sekolah kamu itu selengkapn­ya. Panjangnya berita kamu hendaklah LATIHAN 1 antara 80 hingga 120 patah perkataan. Bersempena dengan Bulan Kokurikulu­m, sekolah kamu telah menganjurk­an beberapa aktiviti yang menarik. Sebagai wartawan majalah sekolah, kamu dikehendak­i menulis berita tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan selengkapn­ya. Panjangnya berita kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan. LATIHAN 2 Baru-baru ini, sekolah kamu telah mengadakan Bulan Bahasa Melayu. Banyak aktiviti yang menarik telah diadakan. Sebagai Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu, kamu dikehendak­i menulis berita tentang aktiviti tersebut selengkapn­ya. Panjangnya berita kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan. LATIHAN 3 Persatuan Sains sekolah kamu telah mengadakan lawatan sambil belajar ke suatu tempat yang menarik. Sebagai setiausaha persatuan, kamu telah diminta menulis berita tentang lawatan tersebut selengkapn­ya. Panjangnya berita kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.

© PressReader. All rights reserved.